Hubungan mesra yang terjalin di antara penyanyi Sufian Suhaimi, 25, dan pelakon Elfira Loy, 23, bukan lagi satu rahsia.

Bahkan kedua-dua figura ini tidak menafikan keakraban yang terjalin, namun tidak mengklasifikasikan ia sebagai hubungan percintaan.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, mengakui hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

Jelas Elfira, keterbukaan mereka dalam berkongsi sedikit kisah peribadi adalah bagi mengelakkan salah faham.

‘Hubungan Kami Baru Sahaja Bermula’ – Sufian Suhaimi

 

IKLAN

“Dari awal orang salah faham dengan keakraban yang terjalin, namun selepas penjelasan demi penjelasan, mereka mula faham.

“Macam saya dulu, saya akui terlalu takut dengan apa yang orang akan cakap atau tanya sehingga akhirnya perhubungan itu tidak ke mana kerana ia hanya pada dasarnya sahaja.

“Namun dengan Suffian ia berbeza kerana dia datang secara baik, walaupun ada dugaan di awalnya, tapi dengan restu ibu, saya terbuka menerimanya.

“Bagaimanapun tidak bermakna saya sasarkan perhubungan ini ke jinjang pelamin. Ia menjadikan saya lebih menghargai seseorang itu.

“Sekurang-kurangnya bila kami tidak lagi berkawan rapat, saya tahu kita ikhlas mengenali antara satu sama lain dan saya pernah mengenali seseorang yang baik,” jelas Elfira kepada teman media ketika ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya.

Tambah Suffian pula, biarpun kelihatan mereka sudah lama berkawan, namun hakikatnya hubungan yang berjalin hanya bermula ketika sambutan hari jadi Elfira.

“Walaupun pada mulanya orang kecam kami, tapi selepas diterangkan, kami menerima respons yang baik.

“Hubungan kami baru sahaja bermula dan andai ada khabar baik selepas ini, ia akan diuar-uarkan.

“Bagaimanapun buat masa ini, fokus saya tetap pada karier kerana masih banyak lagi perkara yang saya nak buat.

“Lagipun saya perlu menyempurnakan pengajian di peringkat Master dan selepas itu, baru kita boleh bercakap tentang fasa seterusnya,” ujar Suffian.

‘Hubungan Kami Baru Sahaja Bermula’ – Sufian Suhaimi
Ditanya apa yang membuatkan mereka selesa bersama, Suffian berkata : ” Personaliti Elfira membuatkan saya senang untuk bersamanya. Dia juga pendengar yang baik dan keluarga dia juga sangat supportive. Bila dengan famili dia, ibarat saya ada keluarga kedua,” ujarnya.

Manakala Elfira pula menyifatkan : “Saya selesanya dengannya sebab dia jujur, dia bukan nak kenal saya kerana saya Elfira. Tapi dia datang berjumpa dengan keluarga saya dahulu. Sebagai perempuan, bila ada lelaki yang ikhlas datang untuk berkawan, kita kena terima cara baik,” jelasnya.

IKLAN

Dalam pada itu, diusik adakah keduanya akan saling mengunjungi ketika Lebaran ini?

Elfira berkata : “Buat masa ini kita raya di rumah masing-masinglah (ketawa).

“Tapi tak ada masalah pun kalau Suffian nak datang berhari raya di rumah keluarga saya,” ujarnya.

Jelas Elfira, dia dan Suffian menuju ke dua destinasi berbeza, justeru agak sukar untuk saling menziarahi pada awal Lebaran.

“Saya pulang ke Kedah, sejak beberapa hari lalu, manakala Suffian pula pulang ke Johor,” katanya.

Elfira masak rendang

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Lebaran, Elifra berkata, seperti biasa, mereka sekeluarga akan pulang ke Kedah.

IKLAN

Ujar Elfira, menjadi tradisi mereka sekeluarga juga untuk memasak rendang ayam menggunakan kayu api dan melakukan proses penyembelihan serta pembersihan ayam sendiri.

“Kalau sesetengah orang lebih suka pakai dapur gas, kami masih masak rendang dengan kayu api. Kayu api pun kami cari sendiri.

“Bukan itu sahaja, selepas ayam-ayam disembelih, kami juga yang membersihkan ayam dan masak sehingga selesai. Selalunya saya yang tunggu sampai selesai.

“Memang rasa bangga sebab sekarang, tak ramai lagi budak muda boleh buat begitu kerana kebanyakan keluarga beli ayam yang sudah siap diproses dan kemudian masak pakai dapur gas.

“Tapi saya kira itu kenangan buat saya dan hasil didikan datuk dan nenek saya juga,” katanya yang akan berada di kampung selama beberapa hari.

Selain itu, Elfira berkata, antara menu istimewa lain yang disediakan adalah ketupat palas kacang soya.

Raya sebagai selebriti

Dalam pada itu, berlainan pula dengan Suffian yang mengakui raya kali ini lebih terasa kemeriahan kerana dia bukan sahaja boleh menyambut bersama keluarga, bahkan rakan seindustri.

“Tahun lepas, saya masih baru lagi di dalam industri dan tak ramai kawan.

“Seperti biasa, juadah istimewa pada hari raya laksa Johor bersama rendang dan lemang,” katanya.

Suffian berkata, sempena Lebaran ini juga, dia akan muncul menerusi drama Riuh Raya Kak Mah.

“Penglibatan saya dalam telefilem ini kecil saja dan ia bukan hint untuk saya berlakon.

“Tidak dinafikan pada mulanya saya berasa agak janggal tapi saya rasa suasana penggambaran lagi seronok kerana kita ibarat sebuah keluarga, berbanding suasana belakang pentas yang kadang kala agak sunyi saja,” katanya.

Bukan itu sahaja, Suffian berkata, dia juga masih giat mempromosikan single raya berjudul Kasih Lebaran dan akan mengeluarkan single baru, Terasa Ada, tidak lama lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI