Select Page
  • 6.6K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6.6K
    Shares

Sebut sahaja hari raya pastinya pelbagai jenis juadah akan memenuhi meja untuk dijamu oleh seluruh keluarga pada pagi raya.

Menu lazim yang menjadi menu utama untuk kebanyakan keluarga adalah seperti ketupat, lemang, rendang dan bermacam-macam lagi.

Bagi penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun pula, dia mengatakan juadah yang paling dinanti-nantikan olehnya dan keluarga adalah dodol yang dikacau sendiri dan tosei ala Melayu air tangan ibu tercintanya.

“Juadah-juadah biasa seperti ketupat, rendang dan lain-lain memang akan disediakan untuk tetamu. Tapi apa yang istimewanya adalah dodol yang kami buat sendiri dan tosei ala Melayu yang ibu saya buat.

 

“Itulah juadah yang selalu kami tunggu-tunggu setiap kali tibanya hari raya. Dodol tu dulu selalunya saya dan adik-beradik akan kacau sendiri tapi sekarang dah ada mesin untuk mengacau,” ujarnya.

Kata Hafiz lagi, dodol ini merupakan resipi turun temurun keluarganya.

“Ini resipi keluarga kami sejak turun temurun. Tosei itu juga istimewa sebab kalau hari raya memang ibu akan sediakan hidangan itu dari pagi sampai ke malam panas-panas, memang menyelerakan,” ujarnya lagi.

Hafiz juga gembira dan bersyukur kerana pada tahun ini buat pertama kalinya dia menyambut Ramadan dan Syawal bersama isteri tercintanya dan keluarga baru.

“Perasaan kali ini tentulah gembira dan bersyukur, bukan saya sahaja tapi kegembiraan ini turut dikongsi dengan ahli keluarga saya yang lain. Namun begitu walau apa pun keadaan, tanggungjawab kepada keluarga tak akan saya abaikan.

 

“Sekarang saya bukan hanya ada keluarga sendiri sahaja malah dikurnia keluarga baru, ibu ayah mentua, ipar duai, anak saudara baru dan juga keluarga yang sedia ada,” jelasnya.

Kata Hafiz lagi, dia akan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan semua orang termasuklah keluarga barunya.

“Persiapan untuk Ramadan dan Syawal pada tahun ini juga berbeza, sebelum ini saya sendiri tapi kini dah beristeri dan juga ada seorang anak tiri. Persiapan lebih kepada keluarga dan anak,” katanya lagi.

Tentunya Syawal kali ini meriah buat Hafiz dengan kehadiran isteri dan keluarga baru. Kami di MH Online mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Hafiz dan juga keluarga.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita, Edisi Khas Syawal 2017

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "