Ads

[GAMBAR] Bertudung Atau Tidak, Siti Sarah Pohon Doakan Yang Baik-Baik

Penampilan terbaru penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang dilihat ayu bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini ibarat memberi signal bahawa penyanyi Kesetiaan itu mungkin sudah malu tampil dengan penampilan sedemikian.

Tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Sarah menyatakan dia lebih gemar meminta semua mendokan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

[GAMBAR] Bertudung Atau Tidak, Siti Sarah Pohon Doakan Yang Baik-Baik

Pada masa sama, sejak beberapa tahun lalu dia turut mengenakan tudung sebagai menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Ads

“Doakan yang baik-baik, Dia yang mendorong saya untuk tampil seperti ini,” katanya ringkas.

Sarah ditemui MH di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran LOL Entertaiment dan Indigital di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

[GAMBAR] Bertudung Atau Tidak, Siti Sarah Pohon Doakan Yang Baik-Baik

Ads

[GAMBAR] Bertudung Atau Tidak, Siti Sarah Pohon Doakan Yang Baik-Baik

Terdahulu, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 34, menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah pada 14 Mei lalu.

Ads

Dalam perkembangan lain, Sarah baru sahaja melancarkan single barunya selepas lapan tahun berjudul Semakin. Mengakui gembira dengan reaksi pencinta muzik terhadap lagu berkenaan, Sarah mengharapkan yang terbaik terhadap lagu tersebut.

[GAMBAR] Bertudung Atau Tidak, Siti Sarah Pohon Doakan Yang Baik-Baik

“Sudah tentu saya berdebar menantikan apakah reaksi peminat terhadap lagu baru ini. Sudah lama tidak hadir dengan naskhah baru. Jadi setakat ini rata-ratanya positif.

 

Saya gembira dengan perkembangan tersebut. Terima kasih buat semua yang menyokong,”kongsinya yang bakal mengadakan sebuah konsert mini, Julai depan. 

Foto: Instagram Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Gemilang 20 Tahun Rizman Ruzaini! Lancar Dua Koleksi, Satu Jiwa… Angkat...

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20, jenama fesyen Rizman Ruzaini memperkenalkan koleksi Hari Raya 2026 menerusi satu pertunjukan yang berlangsung di Maison Rizman...
error: Hello. Cannot.