Pelakon dan pengarah, Farid Kamil melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang membintangi filem, Tombiruo: Penunggu Rimba.

Bahkan, selebriti berusia 36 tahun ini menyifatkan pembikinan filem adaptasi novel Ramlee Awang Murshid ini sangat diambil serius.

“Keadaan itu yang membuatkan saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem ini.

 

“Untuk persediaan saja termasuk daripada segi persiapan aktor, komunikasi dan pembangunan karakter, ia mengambil tempoh lebih enam bulan.

 

“Bukan calang-calang pembikin filem mampu melaksanakannya. Saya sendiri sangat berkobar-kobar untuk melihat hasilnya,” katanya pada Media Hiburan.

Farid Kamil Berdebar Tunggu Tayangan Tombiruo

Pada masa sama, bintang filem hebat ini mengagumi dengan sistem yang diguna pakai oleh produksi dan menyifatkan ia bertepatan standard antarabangsa.

“Produksi menggunakan sistem seperti di Hollywood. Contohnya, panggilan untuk pelakon menggunakan sistem kod tertentu.

 

“Semuanya dilakukan bagi menjaga nilai filem itu sendiri. Jujurnya, saya tak pernah mengalaminya dan ini membuatkan saya benar-benar tertarik,” katanya yang memegang watak Amiruddin.

Farid Kamil Berdebar Tunggu Tayangan Tombiruo

 Atasi cetak rompak

IKLAN

Dalam pada itu, Farid turut melahirkan kebimbangan dengan pihak yang menyalahgunakan kemudahan aplikasi Facebook Live (FB Live) lantaran merakamkan filem secara langsung ketika ia sedang ditayangkan di pawagam.

Menyifatkannya sebagai biadap, bintang filem Langit Cinta ini menyamakan perbuatan itu sebagai pencabulan hak cipta selain tidak mengiktiraf hasil usaha penggiat seni.

Farid Kamil Berdebar Tunggu Tayangan Tombiruo

IKLAN

“Itu contoh sikap kurang ajar, betul tak? Macam masuk ke rumah orang dan anda rakam keadaan sekeliling rumah itu tanpa kebenaran.

 

“Orang yang melakukan perbuatan keji itu, mungkin ibu bapa dia tak ajar cara hormat orang lain sejak kecil,” katanya.

Rentetan itu, Farid menggesa agar semua pihak terus memandang serius terhadap gejala berkenaan.

“Masalah ini dah berlaku banyak kali, adakah kita tak ada jalan penyelesaiannya?

 

“Adakah negara ini suka merompak harta benda sendiri? Jika ya, mentaliti begitulah yang sukar kita nak ubah,” katanya.

Tambahnya, tindakan holistik perlu dilakukan demi membanteras pelanggaran hak cipta.

Farid Kamil Berdebar Tunggu Tayangan Tombiruo

IKLAN

“Kerajaan harus menguar-uarkan maklumat mengenai akta harta intelek kerana masih ramai belum memahaminya. Menerusi akta itu sajalah masyarakat akan hormati hak orang lain.

 

“Pihak berkuasa juga perlu menguar-uarkan penangkapan dan masukkan mereka ke dalam lokap sebagai memberi peringatan kepada orang ramai.

 

“Atau adakan sekatan dan pemeriksaan ketat ke atas penonton sebelum masuk panggung bagi memastikan tiada alat perakam selain mengumpulkan handphone masing-masing,” katanya.

Selain Farid, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Farid kembali sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Lafazkan Kalimah Cintamu di samping Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

 

TEKS : NORHIDAYYU ZAINAL

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI