Spekulasi perkahwinan pengarah filem Bade dan Erma Fatima yang dilanda kontroversi akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai talak satu selepas 27 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Suaminya sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, pengarah dan pelakon, Erma Fatima, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira 11.35 pagi tadi.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin meluluskan permohonan cerai itu selepas berpuas hati dengan keterangan-keterangan oleh kedua-dua pihak.

Bade melafazkan talak sambil disaksikan beberapa ahli keluarga masing-masing serta media di galeri awam mahkamah.

IKLAN

Mahkamah mensabitkan berlaku penceraian talak satu untuk kali pertama dan memerintahkan penceraian didaftarkan di Pejabat Agama Islam dan sijil nikah dikembalikan.

Pada 10 Ogos lalu, Bade selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003.

IKLAN

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman manakala Bade tidak melantik peguam.

IKLAN

Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain. Bagaimanapun pengarah dan pelakon utama siri Mok Cun ini menarik balik keputusannya itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu, Ahmad Albab, 24, Ahmad Arri, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain,11.

Sumber : Sinar Harian TEKS OLEH : SITI AZIELAH WAHI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI