Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi anak perempuan kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mempunyai perwatakan kelakar dan bersahaja.

Terbaru menerusi akaun Instagram Vida, dia telah berkongsi video anaknya itu yang kelihatan seperti sedang menghisap rokok elektronik atau lebih mudah disebut sebagai vape.

Dalam perkongsian Vida yang berbentuk video itu, Cik B kelihatan benar-benar seperti sedang menghisap vape dengan gaya wajahnya yang sangat bersahaja.

Namun kalau anda menonton video itu sehingga penghujungnya, Cik B hanya melakonkan gaya seperti sedang menghisap vape. Sebenarnya objek yang dipegang oleh Cik B itu merupakan botol bedak asas atau ‘foundation’.

“Cik B isap vape?? Macam ye ye jer..Muka sikit punya feeling…

 

“Tapi yang penting..Cik B dah berjinak jinak dgn Foundations..Kreatifnya dia punya imaginasi..Kejut mama tgk 😅,” tulis status Vida di ruangan kapsyen video perkongsiannya.

Imaginasi Cik B ini telah membuatkan ramai netizen yang terhibur dengan gelagatnya. Ruang komen Vida dihujani dengan gelak tawa pengikutnya yang geli hati melihat telatah anaknya itu.

toheriyah6690: Hahahha.. Anaknya pandai bikin lawak ,@datoserivida 😂😂😂

rynachel: Tak mudah senyum Dan ketawa tpi lucu punya perwatakkan menarik

izzahmsari: Bahhahahahhaa. Comel lahhh cik b ni. Hahahahha

afafmedina.ns: hahhahaha..giler cik B kreatif…mcm betul je

Vida juga turut menyatakan yang anaknya kini sudah berjinak-jinak dengan ‘foundation’. Semua juga sedia maklum perwatakan Cik B yang sedikit lasak sebelum ini jadi apabila dia sudah mula pandai untuk bersolek membuatkan ibunya sedikit teruja.

Walau bagaimanapun ada segelintir netizen yang tidak senang melihat anak kecil ini dengan melemparkan kata-kata yang kurang sedap untuk didengar.

Buat Cik B, abaikan sahaja kata-kata negatif itu dan teruskan menjadi diri sendiri. Mulut orang memang sukar untuk kita tutup.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: