Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika anda masih ingat pada November 2015, bapa kepada pelakon, Ummi Nazeera iaitu Datuk Zainulabidin Mat Akhir telah dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Zainulabidin didapati bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung dengan surat perletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun ke atas Zainulabidin.

Datuk Mohamad Shariff Abu Samah selaku Pesuruhjaya Kehakiman membuat keputusan berkenaan selepas menolak rayuan Zainulabidin.

Shariff berkata, di dalam penghakimannya tiada sebarang kesilapan oleh hakim Mahkamah Sesyen ketika membuat keputusan berkenaan.

Sejurus itu Shariff berkata lagi, Mahkamah Tinggi tidak mahu untuk menggangu keputusan yang sudah dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini (kelmarin), manakala rayuan untuk penangguhan ditolak,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad dan perayu pula diwakili oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Sumber: Berita Harian

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "