Select Page
  • 7.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7.8K
    Shares

Baru-baru ini seorang pelakon wanita, Tiz Zaqyah telah berkongsi luahan hatinya tentang sebuah persatuan untuk anak seni iaitu persatuan Seniman di laman sosialnya.

Tiz telah meluahkan rasa kecewa apabila sesetengah artis melakukan kesilapan yang bodoh habis semua artis terpalit dengan gelaran yang sama daripada netizen.

“Just because these bimbos. Semua kena label sama. ‘Retis mmh bodoh. English pun kelaut. Apa dorang tau..botox sana sini je tau,” tulis luahan hatinya di Instastory.

Rentetan daripada perkara itu, Tiz telah menulis untuk dirinya diajar apakah itu Seniman?

“Soalan ikhlas. Please educate me. Apakah Seniman? Besides just having a membership card?,” soal Tiz.

Pelakon ini juga turut menyatakan, jika mereka tidak mendaftar dengan persatuan maka mereka tidak dibenarkan untuk bekerja.

“If we dont register we are not allowed to work. Kalau membership expired, kena bayar an amount.

 

“But what are the benefits? I’m puzzled,” tulis Tiz lagi.

Tiz juga turut menceritakan pengalamannya melakukan penggambaran Oh My English di luar negara, di mana pelakon tambahan di sana dijaga dengan sempurna oleh persatuan mereka.

“Was filming in NYC for OME a few years back..Ada a few extras orang sana. Dia kata kalau bukan under union, tak boleh berlakon/kerja. Union dorang jaga mcm2.

 

“Contoh: bayaran minimum (semua ditetapkan). Masa bekerja maximum. ‘twelve and twelve’ macam kalau Leonardo tu lajak sikit union dia akan reach production terus. Mcm2 lagi la..,” jelas Tiz di penulisannya.

Rentetan daripada luahan hati Tiz ini, Zed Zaidi menerusi sebuah sumber meminta pelakon wanita ini hadir ke mesyuarat agung Seniman akan datang bagi membuat cadangan atau menyatakan masalah sebagai seorang pelakon kepada persatuan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia ini juga berkata dia kecewa dengan apa yang diluahkan oleh Tiz tentang industri seni di laman sosial kerana ianya tidak akan membawa sebarang perubahan.

“Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan,”

Menurut Zed lagi, jangan samakan industri luar dengan industri di negara ini kerana mereka sudah lama dan persatuan di negara ini masih dalam proses pembelajaran dan oleh itu persatuan memerlukan sokongan dan idea daripada semua.

Zed juga turut mengulas tentang kenyataan Tiz berkenaan kad ahli persatuan Seniman dan dia berkata, jika Tiz merupakan salah seorang anggota Seniman sepatutnya dia membaca setiap yang tertulis pada kad ahli tersebut.

“Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar. Seperti negara jiran Indonesia, mereka ada syarat yang sangat ketat untuk membenarkan pelakon luar masuk industri mereka.

 

“Mereka buat begitu untuk mengutamakan pelakon-pelakon tempatan mereka. Kita perlu ada badan yang kawal dan beri lesen iaitu kad ahli kepada pelakon yang ingin aktif dalam industri,” ujarnya.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan artis ‘bimbo’, Zed berkata salah satu perkara utama yang dijuangkan olehnya adalah untuk menyediakan peluang kepada artis untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malasyia dan dengan ini secara tidak langsung dapat mengubah persepsi netizen bahawa artis Malaysia kurang bijak.

Sumber: Instagram Tiz Zaqyah & Mstar Online

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "