Belakangan ini, sering kali kita lihat para artis banyak menyuarakan pendapat mereka mengenai hal politik tanah air khususnya berkaitan kos sara hidup.

Ada juga yang MH lihat mereka secara terang-terangan memberikan sokongan terhadap parti politik tertentu.

Berikutan ini, pengarah dan pelakon, Dira Abu Zahar menyifatkan ia sebagai satu perkembangan yang positif.

IKLAN

“Bagus. Satu perkembangan yang positif, mungkin dahulu ada di antara mereka yang mungkin agak takut-takut nak bersuara tapi bila lihat sudah ada yang bangkit seperti saya sendiri maka mereka pun ingin juga melakukan yang serupa.

 

“Saya beranggapan bahawa situasi ini menunjukkan bahawa bila kita berterusan bersuara khususnya pada mereka di ‘public line’ maka orang akan perasan dan berikan perhatian yang sewajarnya,” jelasnya kepada MH.

Tambahnya lagi,perkara ini juga akan mengubah tanggapan orang ramai mengenai ‘kepentingan’ selebriti dalam masyarakat.

‘Bagus. Satu perkembangan Yang Lebih positif – Ini Respon Dira Abu Zahar Bila Artis Lebih Banyak Bersuara

IKLAN

“Tak adalah orang stereotaip artis ni sekadar penyeri majlis atau nak menarik kehadiran orang ramai tapi juga mereka mampu memberikan impak kepada kerajaan dalam memberikan pandangan atau pendapat,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Dira menegaskan bahawa ada juga perbezaan dalam memberikan pendapat dan menghentam.

IKLAN

“Bila kita beri pandangan, kita harus berikan sesuatu yang positif iaitu yang boleh membantu tapi kalau mengutuk dan menghentam itu hanyalah menyuarakan pandangan peribadi sahaja.

 

“Oleh itu, saya nasihatkan para artis supaya ‘speak on behalf of people’ dan ‘stick on the collective reason’ dalam menyuarakan pandangan itu,” nasihatnya lagi.

Pada MH, apa yang Dira kata itu ada betulnya. Sebagai selebriti yang dikenali mereka juga boleh membawa suara rakyat supaya dapat didengari kepada pemimpin negara namun ada juga batasannya kan?

Apa-apa pun MH memang ‘salute’ dengan Dira kerana berani bersuara mengangkat martabat anak bangsa. All the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI