Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lama rasanya kami tidak dengar cerita King Coco. Sejak dah berumah tangga Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail kini namanya semakin pudar dari dunia viral.

Terdahulu Coco pernah menggemparkan dunia maya dengan cara percakapannya ala mat salleh di dalam sebuah video yang telah diviralkan di sosial media.

Walaupun sering menjadi bahan ejekan dan sering diparodikan oleh masyarakat, Coco tetap yakin pada dirinya sendiri.

Apa yang MH Online puji tentang ‘Gadis Lots Of Mix’ ini walaupun sering menerima tomohan dan cacian dari netizen atas beberapa kisah kontroversinya, dia tidak pernah gagal untuk menghiburkan para netizen dengan video reviewnya di Instagram dengan cara yang sangat menghiburkan.

Sejak Coco mendirikan rumah tangga namanya kian dilupakan malah dia sendiri sudah jarang muat naik apa-apa update berkenaan dengan kehidupan peribadinya di Instagram.

Lagi pulak sejak dikhabarkan mengandung anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suaminya yang lebih dikenali sebagai Capt Azrin.

Namun, baru-baru ini Coco ada memuat naik gambar ke Insta Story di Instagram yang dipercayai ingin berkongsi tentang kasut yang dipakainya.

Apa yang menjadi perhatian MH Online kali ini adalah apabila melihat satu perubahan yang agak ketara pada tubuh badannya.

Mana tidaknya, jika dahulu dia sangat dikenali dengan bentuk tubuh badan yang langsing kini perutnya sudah mula kelihatan membesar kehadapan dalam erti kata lain baby bumpnya sudah jelas kelihatan.

Coco telah mula menggunakan hashtag #rezekiAnak bermula 3 Februari yang lalu dan besar kemungkinan kini kandungannya berada dalam usia 4 bulan.

Nah beberapa keping gambar terkini King Coco yang bakal bergelar ibu…

Awwwww so cute! Apa pun MH Online doakan semoga Coco dan bayi dalam kandungan itu sihat selalu. Jangan lupa amalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat ya. Maklumlah, first time mengandung ni banyak pantang larangnya.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "