Select Page

Seronok melihat dua beranak ni, Awal Ashaari dan anak perempuanya yang comel dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat-peminatnya, Lara Alana.

Semalam di akaun instagram milik Awal, dia ada berkongsi beberapa keping foto sedang berada di hospital dan anaknya, Lara datang melawat.

 

Awal dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedunya dan Alhamdulillah pembedahan tersebut telah berjaya.

Di kapsyen perkongsian fotonya itu tertulis,

“Yeayyyy! Daddy dah takde gallbladder/hempedu! Alhamdulillah, my laparoscopy went well. Thank you semua yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga. (I had my gallbladder removed due gallstones. Siapa nak batu ni buat cincin untuk pakai raya, boleh PM tepi)”

 

Sempat juga meninjau akaun instagram milik isteri kepada awal, Scha Alyahya yang juga turut berkongsi sekeping foto Lara Alana yang sedang bersalaman dengan bapanya. Tidak dapat dinafikan kemesraan dua beranak ini selalu mendapat perhatian netizen.

 

Didoakan semoga Awal cepat sembuh dan dapat menjalani ibadah puasa seperti sediakala.

Sedikit informasi tentang bagaimana untuk mengetahui simptom-simptom jika terdapat batu di dalam hempedu:

(1) Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

(2) Demam – Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

(3) Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan. Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

(4) Sakit perut, loya dan muntah.

(5) Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

Sumber: Instagram Awal Ashaari, Scha Alyahya & ruzanaibs

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. 

Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Comments

error: