Sejak mengumumkan status kehamilan pada semua rakyat Malaysia melalui Instagram, pelakon, Datin Sri Zizie Izette agak menyepi dan kurang memuat naik gambar di akaun media sosialnya itu.

Namun sejak lima hari yang lalu, isteri kepada ahli politik Malaysia Datuk Sri Bung Moktar Radin ini mula berkongsi gambar-gambar terkininya di Instagram miliknya.

Tidak dinafikan Zizie kelihatan sangat menawan dan sihat dengan kandungannya yang semakin membesar.

Zizie Izette Tunjuk Baby Bump, Kongsi Cerita Kandungan

Pelakon ini tidak kisah menayangkan baby bump pada semua pengikutnya. Malah membuktikan mengandung itu tidak menganggunya untuk terus kelihatan stylo dan bergaya.

IKLAN

Melalui sebuah posting, Zizi ada berkongsi pengalaman apabila mengetahui sudah mengandung. Menurutnya diawal trimester dia bertukar menjadi individu yang kuat makan dan akui berat badannya naik mendadak ketika itu.

“The day I suspected I was pregnant. It was on the 1st of June while I was shooting Hero Seorang Cinderella. Rasa mcm malas & penat sgt nk dtg shooting, pastu kuat makan! Sbb tu kalau perasan badan saya naik mendadak pertengahan episode HSC. Lebih kurang episod 12 keatas kalau x silap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, walaupun mengalami masalah morning sickness yang teruk dia langsung tidak akan mengeluh kerana sudah lama menunggu saat seperti ini berlaku padanya.

Zizie Izette Tunjuk Baby Bump, Kongsi Cerita Kandungan

IKLAN

Malah, Zizie turut memberitahu dia menerima semua alahan dan kesan sampingan ini secara terbuka dan bersyukur dengan apa yang dilaluinya.

Dalam masa yang sama Zizie juga turut memberitahu tidak pernah lupa untuk mendoakan rakan-rakan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak sama sepertinya.

“Morning sickness tu jgn ckp lah mcmana. But hey! No complaints, I have been waiting for this moment for a very long time. Jd segala sakit pening saya, saya terima dgn rasa syukur. Alhamdulillah…

“In shaa allah, dlm setiap doa saya, saya x pernah lupa mendoakan rakan2 maupun wanita diluar sana yg sdg berusaha utk mendapatkan zuriat mereka sendiri, semoga Allah memberi rezeki utk anda juga. In shaa allah,” tulisnya lagi sambil menggunakan hashtag #kongsicerita

IKLAN

Awwww so sweet!

Bukan itu sahaja, Zizie turut berkongsi pada orang ramai tentang berat badannya sekarang dan tertanya-tanya bagaimana pula jika kandungannya mula memasuki trimester ketiga.

70++ kg!! ?? Wonder how I look when I’m in my 3rd trimester. ?? #secondtrimester

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Apa pun MH Online doakan agar Datin Sri Zizie Izette sentiasa dalam keadaan sihat dan baik bersama kandungannya yang kini mula memasuki ke trimester kedua.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI