Uncategorized

Zizan Razak Minta Nabila Razali Cuba Miss Call

Share

Lagu ‘Pematah Hati’ yang dinyanyikan oleh penyanyi, Nabila Razali sememangnya memberikan impak yang besar pada rakyat Malaysia.

Mana taknya, habis 1 Malaysia mula menggunakan perkataan ‘cumi cumi’ setelah lagu tersebut menjadi hit tahun lalu.

Mungkin disebabkan itu, penyanyi, pelakon dan pelawak, Zizan Razak menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Nabila satu hari ini.

“Chenta ku Cumi Cumi. Macam okay juga kalau buat lagu sama sama. Nanti kalau free cuba miss call abang.

“Kerana abang tengah rindu chenta ku. @nabila.razali #love #zizanrazak #cumicumi #chentaku #ame2018,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Ternyata perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen apabila ramai yang memberikan komen berkaitan ‘kapsyen’ Zizan itu.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menasihati Zizan agar berhati-hati kerana takut ada yang ‘marah’.

Apa-apapun, MH ‘excited’ juga kalau ada kolaborasi antara Zizan dan Nabila ni. Moga-moga adalah nanti ya kolaborasi antara kedua mereka.

sumber: IG Zizan Razak

IKLAN