Categories: Uncategorized

Zizan Mohon Maaf Tak Dapat Hadiri Majlis Sendiri, Tapi…

Share

Pelakon dan Pelawak, Zizan Razak memohon maaf kepada para peminatnya kerana tidak dapat hadir untuk program Jozan Live bersama Johan, semalam.

Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya turut menjelaskan sebab ketidakhadirannya itu.

“Assalamualaikum semua. Sepuluh jari Zizan susun untuk memohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri untuk JOZAN LIVE malam ini atas sebab kesihatan dan doktor juga nasihatkan supaya Zizan berehat. Doa supaya Zizan cepat sembuh ya guys,” tulisnya.

Susulan itu,di ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang mendoakan agar kesihatan Zizan cepat sembuh.

Tidak kurang juga yang melahirkan rasa kecewa apabila tidak dapat menyaksikan Zizan bersama pelakon, Mira Filzah dalam satu program yang sama apabila aktres itu menjadi tetamu jemputan, malam tadi.

Alahai, ramai pula MH dengar rakan-rakan artis yang kurang sihat sekarang. Apa-apapun, get well soon dan jaga kesihatan tu okay!

Foto/Instagram: Zizan Razak

IKLAN