Demi kelangsungan di dalam industri seni tanah air, penyanyi Ziana Zain menyifatkan bakat dan penampilan harus seiringan.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata, ia adalah satu hal yang penting, khususnya di Malaysia.
“Tengoklah kebanyakan orang lama, kenapa mereka mampu bertahan? Kerana mereka punyai bakat dan imej. Dua faktor ini sangat penting. Inilah hakikat di Malaysia. Kita tidak seperti negara-negara Barat.
“Di sana, mereka tidak melibat warna kulit dan bentuk badan. Pada saya suara tetap perkara utama. Kedua adalah penampilan. Bagaimana kita membawa diri sebagai penyanyi.
“Cara kita berjalan dan bergerak itu merupakan satu language sebagai penyanyi. Hal ini yang akan buat orang terpikat. Sebab itu dua faktor ini sangat penting.
“Pada zaman ini, ramai penyayi yang bagus. Namun, disebabkan tiada penampilan, susah untuk mereka melangkah jauh. Bakat dan imej perlu selari,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu berkata sedemikian ketika ditemui di One In A Million (OIAM) 2024 di Shah Alam pada Ahad.
Ziana Ingat Pesan Bapa
Berada di kerusi juri OIAM 2024, Ziana menegaskan penampilan para peserta turut memainkan peranan dalam proses penjurian.
“Ya, betul! Saya juga menilai daripada aspek penampilan. Seperti yang anda lihat, saya ada tegur beberapa peserta mengenai soal penampilan.
“Nak jadi penyanyi ini bukan mudah. Kita kena berguru. Saya berguru dengan bapa saya. Ayah saya cakap satu sahaja, kalau ada suara tapi tak pandai jaga disiplin dan imej, susah nak berjaya. Saingan di hadapan terlalu besar.
Ads
“Lihat sendiri, yang datang ujibakat OIAM beribu orang tapi yang berjaya ke pentas utama hanya 20 peserta. Kalau kita datang dengan gaya selekeh tapi suara bagus, orang akan skeptikal. Peluang datang sekali. Jadi, jagalah,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, rata-rata peserta yang bertanding di OIAM 2024 mempunyai kualiti nyanyian yang baik lantas, mereka juga harus menunjukkan ‘wow factor’ untuk lebih menyerlah.
“Kita tak tahu soal rezeki. Ada kalanya mereka yang terkeluar ini mereka akan jadi lebih baik bila di luar. Namun, ini adalah pertandingan. Kita kena akur dengan pertandingan.
Ads
“Keputusan yang kami buat bukanlah suka-suka. Ada kalanya kita ralat bila buat sesuatu keputusan. Namun, ini adalah tanggungjawab.
“Dari segi komersial juga kita kena ambil kira,” katanya lagi.
Selain Ziana, penyanyi dan komposer, Datuk Yusry Abdul Halim dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan turut bertindak selaku juri tetap.
OIAM 2024 telah pun membuka tirai dan menyaksikam enam peserta telah tersingkir di minggu pertama.
Kini, 14 peserta bakal meneruskan perjuangan bagi merebut hadiah bernilai 1 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Bersyukur’. Itu kata kunci yang harus dipegang dalam menjalani kehidupan.
Walau sesukar mana, hadapi dengan penuh kesyukuran kerana daripada situ, lahirnya nikmat hidup.
Menurut penyanyi Nourul Depp, dia ada bertemu seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan kediamannya.
Tidak lekang dengan senyuman, setiap pertanyaan mengenai latar belakang dijawab dengan penuh keterujaan lebih-lebih lagi apabila berkisar mengenai isteri dan lima anaknya.
Kagum dengan sifat lelaki itu yang menjalani rutin kehidupan dengan penuh rasa syukur, jelas ibu kepada empat orang anak ini menjelaskan kadang kala kita lupa untuk bersyukur atas apa sahaja nikmat yang dikurniakan, malah lupa rezeki datang daripada Allah SWT.
“Cerita lelaki ini… .
Dia ada pelbagai alasan kalau dia nak tak happy.
Cleaner, berkahwin. Anak 5.
Dia pekerja baru kat building kami. Dia mai qeja setiap hari senyum melerek.
Satu hari dia mai kat kami. Dia tanya : “kamu muslim?” Kami jawablah “ya” .
Awat? Kami tanya. Dia senyum lagi lebaq. Dia kata : “saya juga muslim. Saya kawin orang malaysia.” Senyum lagi panjang. Lagi maneh .
Kami tanya dia lagi: “baru kawin ka?” Jawapan dia : “dak. Lama dah. Dah 15 tahun!” . Senyum dia tu macam baru kwin semalam!
Kami terkejut. Kami teruih berkata kat diri kami. MasyaAllah. Betapa bersyukur nya dia. Happy nya dia. Hidup mesti tak mudah untuk dia. Ada Anak 5. Setiap 2 tahun dapat anak.
Cerita part anak anak dia, dia teruih lagi happy. Dari senyum, teruih ke gelak.
Powernya rasa bersyukur. Powernya rasa redha dan berserah pada Yang Maha Esa.
Apa alasan kita untuk tak happy dan rasa tak cukup?
Kita tak cukup bersyukur. Kita lupa yang rezeki tu mai dari berusaha. Kita lupa yang kita ni M lebih selalunya .
Kita complain sebab kita lupa merungut tu tandanya tak bersyukur. Bila tak bersyukur, apa jadi?
Tak happy. Muka masam. Buat apa semua tak kena. Kita merungut. Rezeki pun tak masuk.
Berterima kasih pada tuhan. Itu tanda bersyukur. Rezeki lagi mai bertalu talu Tapi kena usaha la na.
Ini tips untuk happy. Bersyukur. Fokus pada apa yang ada. Bukan pada yang tak ada,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi, Ara Johari telah mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka, Idzwan Shah di Instagramnya dengan emoji ‘bunga mawar’.
Bagaimanapun, Ara menjelaskan bahawa Idzwan merupakan sahabat rapat dan mereka sudah berkawan lama.
“Dia kawan baik saya sendiri. Kawan baik lelaki. Kalau saya sedih atau saya tengah down, dia sentiasa ada dengan saya,” kata Ara kepada MH .
“Kalau ada jodoh ada lah, semua itu Allah yang tentukan, tapi perancangan nak mendirikan rumah tangga lambat lagi mungkin empat atau lima tahun lagi,” jelas Ara ketika ditemui di The Bee, Publika sempena dengan perkenalan barisan artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.
“Saya seorang yang friendly dan berkawan dengan semua orang, tak kisah lelaki tau perempuan, cumanya sekarang saya masih single dan mahu fokus pada kelurga dan kerjaya dulu,” kongsi Ara.
“Bagi saya, niat nak bawa ibu bapa pergi umrah, belikan kereta dan rumah.. Bila dah tercapai semua itu, barulah saya fokus ke arah mendirikan rumah tangga,” jelas Ara lagi.
Mengejutkan apabila artis berstatus suami orang dan pasangannya, yang juga seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber Harian Metro seperti yang dipetik berkata, tangkapan berkenaan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Dakwa sumber terbabit, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.
Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.
Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.
Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang Selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa Artis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon veteran Dharma Harun mengakui hatinya cukup terharu apabila dapat kembali menjejakkan kaki ke set penggambaran.
Seakan...