Penyanyi Ziana Zain sempat berseloroh dirinya tidak boleh tidur malam kerana memikirkan perjalanan konsertnya, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.
“Saya tak boleh tidur lena dalam seminggu ini memikirkan perjalanan konsert,” katanya sambil menerima sorakan kira-kira 2,800 penonton.
Konsert yang berlangsung pada jam 9 malam itu bermula dengan persembahan duet pasangan adik-beradik popular itu menerusi lagu Sangkar Cinta dan Bila Resah yang dibawakan secara medley.
Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menampilkan lagu-lagu hits Ziana dan Anuar yang diselangi dengan coleteh mencuit hati mengenai kisah perjalan seni masing-masing.
Antara lagu popular yang dipersembahkan Ziana adalah Puncak Kasih, Terlerai Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu dan Madah Berhelah.
Sementara Anuar pula menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popularnya seperti Ketelusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.
Ads
Memberikan kelainan di dalam persembahan, penonton turut berpeluang menyaksikan mereka menyanyi secara duet menerusi lagu Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan.
Malam penuh bersejarah itu turut menyaksikan gabungan kali pertama mereka dalam sebuah konsert di Kuala Lumpur.
“Akhirnya kita disatukan di Kuala Lumpur. Kali pertama konsert kami pada tahun 2010 di Singapura,” kata Ziana.
Terharu dengan sokongan dan kehadiran peminat, Anuar bersyukur apabila mereka sanggup meluangkan masa menghadiri konsert pada malam ini.
Ads
“Anda boleh pergi ke mana-mana, tapi anda pilih untuk berada di sini. Terima kasih kerana beri aura yang positif.
“Saya tak sangka masih lagi mendapat sokongan yang begitu kuat daripada anda semua,” kata Anuar yang sebak dengan respons yang diterima sehingga kini.
Pada konsert berkenaan, terdapat peminat yang gagal menahan air mata sebaik melihat artis pujaan mereka membuat persembahan.
Ads
Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd itu menyaksikan kehadiran rakan-rakan selebriti yang memberikan sokongan.
Antaranyaialah Misha Omar, Dafi, Datuk A Aida, Scha Al Yahya, Shuib, Awal Ashaari, Datuk Ziela Jalil, Ernie Zakri, Syamel, Fara Fauzana, Noryn Aziz dan Rozita Che Wan.
Tidak ketinggalan, konsert terbabit turut direstui dengan kehadiran ibu bapa selebriti itu iaitu Zin Abdullah dan Robiah Abdul serta anak-anak Ziana.
Pada penghujung konsert, Ziana dan Anuar mengumumkan berita gembira apabila bakal mengadakan konsert sama di Singapura pada 24 September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kejayaan filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencatat sejarah meraih kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia sebanyak hampir RM100 juta, kini rancak pula diperkatakan mengenai usul untuk menerbitkan beberapa filem yang menggunakan genre sama.
Antaranya, ramai yang mencadangkan kepada pengkarya tempatan untuk menghasilkan naskhah mengenai sumpahan Mahsuri yang cukup masyhur kisahnya di Langkawi, Kedah.
Ini termasuk pelakon Maya Karin yang menyambut baik cadangan itu dan mengidam untuk memegang watak lagenda Mahsuri.
Pelakon kacukan Melayu-Jerman itu juga mencadangkan sekiranya filem itu menjadi kenyataan kelak, ia mahu karya itu diarahkan oleh pengarah Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof.
Syamsul juga dilihat teruja dengan cadangan itu dengan memberikan respon, “Good idea, let’s do it.”
Sementara itu, pelakon Izara Aishah menerusi laman Twitter miliknya mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung pengarah mana yang dirasakan lebih sesuai untuk menggemudi naskah tersebut.
Izara mengatakan filem Mahsuri sekiranya berjaya difilemkan, ia sesuai diarahkan pengarah seperti U-Wei Saari, Dain Said atau pengarah wanita, Shuhaimi Baba.
“U-Wei, Dain Said dan Shuhaimi Baba would be ideal,” tulis Izara.
Izara menulis ciapan itu sebagai respon terhadap kenyataan pelakon Sharifah Aleysha yang dipercayai merujuk mengenai perancangan filem itu sekiranya ia benar-benar direalisasikan satu masa nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Johan Ariff As’ari mendedahkan pelakon utama filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra telah bermurah hati menaja penuh keberadaannya di Indonesia bersempena dengan Mala Gala filem berkenaan baru-baru ini.
Memuat naik sepotong video keberangkatan mereka di sana, Johan berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.
”Jazakallahukhair @cbipictures indonesia, kang @yayanruhian dan @finasmalaysia menjemput saya dan terutamanya akhi @adpadiputra ke Gala Premier Filem Mat Kilau di Jakarta. Syukur,rezeki.
“Terima kasih abang Kilau kerana menaja segala perbelanjaan dari perjalanan, penginapan hingga lah kepada makan dan minum Yassin,” tulis Johan pada ruangan kapsyen.
Nama usahawan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila dia didakwa sengaja memasukkan unsur lucah dalam iklan terbaharu produk tudung yang dimiliki oeh isterinya.
Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu memperlihatkan Aliff berada di atas katil bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila perlakuan Aliff di awal video tersebut seolah sedang melakukan onani yang dibimbangi tidak elok untuk dibuat tatapan umum.
Mungkin tahu namanya bakal dikecam gara-gara tindakannya itu, Alif terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut menerusi kapsyen yang ditulisnya.
“Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis,” tulisnya.
Rata-rata netizen menyifatkan aksi yang ditunjukkan Aliff itu tidak ada kena mengena dengan produk tudung yang cuba diiklankannya.
“Apa ni Datuk, tak baik untuk 18 tahun ke bawah tengok.
“Makin tak cerdik, tak malu.
“Ni Malaysia Datuk, bukan US. Ada batas dalam buat content.
“Adoi tak payahlah buat content macam ni. Budak-budak tengok tak elok.
“Maaf Datuk, saya selalu sokong Datuk dan Datin. Content macam ini rasa tak sesuai dengan kedudukan Datuk, Datin,” beberapa komen netizen.
Malah, ibu Aliff iaitu usahawan yang dikenali sebagai bonda Rozita Ibrahim itu juga meninggalkan komen memarahi anaknya gara-gara iklan berbaur lucah tersebut.
“Bongok sangat iklan kau… apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” tulis Rozita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.