H : Zarina Anjoulie Kecam Lelaki Tak Guna?

Lama rasanya dah tidak dengar khabar Zarina Anjoulie, selepas kes pergaduhannya bersama bekas suami di akaun Instagram. Namun baru-baru ini, pelakon yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi ini telah muat naik 2 buah video bercerita tentang lelaki psycho.

MH Online di fahamkan Zarina yang sedang menunggu ketibaan pesawat kerana delay diberi soalan oleh netizen dan diminta berkongsi pendapat bagaimana berhadapan dengan bekas pasangan yang psycho.

“Hi guys, Assalammualikum, my flight delayed so i will read a couple of question yang orang kasi.

So the first one is about toxic relationship what if they try to burukkan that girl to her family, to her friends, mungkin this girl pernah buat silap dulu this girl want to stop and move on tetapi lelaki tu psycho, dia takut nak buruk-burukkan that girl?”

IKLAN

Zarina sempat bergurau dan menganggap soalan ini seperti sama dengan situasinya bersama bekas suami yang pernah menjadi kontroversi satu masa dahulu.

“ This girl give me the question, are you sure you are not talking about my ex-husband?” tanyanya sambil ketawa sinis.

Sepanjang hampir 2 minit video tersebut dirakam, Zarina menasihati gadis yang menyoalnya untuk tidak takut dengan segala ugutan yang diberi.

IKLAN

Baginya, individu tersebut hanya sekadar mengugut untuk menakut-nakutkan pasangan. Malah, Zarina juga memberitahu untuk berani menghadapi semua ini kerana setiap orang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Anyway, semua orang pernah buat silap. Don’t let that hold you back untuk tinggalkan dia or whatever kerana mereka hanya akan menggugut, itu sahaja yang diorang akan buat.

“Diorang hanya mampu buat itu sahaja. Threaten dan menakutkan you. When they dah buat all that and then what? They got nothing on you anymore. Because now diorang memang nak buat you takut, they just hold you hostage,” jelasnya di dalam video pertama yang dimuat naik.

 

Malah Zarina turut memberitahu jangan biarkan lelaki tidak guna seperti ini mengawal diri seseorang dan menganggap seorang perempuan itu perlu terus hidup bahagia bersama pasangan yang lebih baik dan amalkan kehidupan yang lebih sihat.

IKLAN

“Dont let him control u like that. Go out be happy get urself d hottest anak Ikan u can find ! Slay ! Eat good food n be healthy feel healthy . Ludah kt muka ur ex k bye,” tulisnya di ruangan kepsyen.

Zarina Anjoulie Kecam Lelaki Tak Guna?

Dalam masa yang sama, Zarina turut berkata lelaki seperti ini sebenarnya takut dan tidak mahu melihat bekas pasangannya hidup bahagia dan move on.

“His biggest fear is to see you happy and to see you dah move on or akan move on all like happy with yourself sebab dia akan buat kamu rasa tidak guna setiap hari.

“Jadi dia hanya akan threaten you all that because dia tak nak awak move on and don’t want you ti be happy and don’t want you to feel good on yourself so just do that,” katanya lagi.

 

Apa pon ada benar kata Zarina kami harap, gadis tersebut dapat mengambil setiap point yang diberikan olehnya dan dijadikan sebagai ikhtibar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI