Zara Zya Tunjuk Parut Lepas Bedah

Seperti yang semua tahu, pelakon yang terkenal dengan imej rambut panjang dan mempunyai puluhan kucing ini, Zara Zya baru sahaja selesai melakukan pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.

Walaupun Zara pernah memberitahu jika dia mengambil tindakan yang lambat untuk membuang ketumbuhan ini, penyakit ini mampu bertukar menjadi kanser, kini dia telah mengesahkan dia sudah sihat sepenuhnya.

Melalui sebuah posting di Instagram, Zara menjawab segala persoalan yang timbul serta menjelaskan kondisi kesihatannya terkini.

IKLAN

“Assalammualaikum… ramai yang tanya kesihatan saya sekarang. Tak sangka ramai yang sayang eh… hehehehe terima kasih. Alhamdulillah makin baik. Dah boleh gelak-gelak happy dah.

“Ada sisa baki bengkak sikit je lagi. Jangan layan sangat lah kan. Saya anggap saya 100% sihat,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Malah, pelakon Isteriku Bukan Tukang Masak ini juga berkongsi dia perlu berkerja lebih untuk memastikan semuanya kembali pulih seperti biasa.

Zara yang terpaksa menanggung kesan pembedahan, di mana saraf mukannya belum pulih sepenuhnya memberitahu agak cemburu bila melihat orang lain lebih normal dan sempurna.

“Kena rajin gerak-gerak kan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya,” ujarnya.

IKLAN

Sungguh pun begitu, Zara cuba berfikiran positif dan reda serta yakin akan pulih seperti biasa. Malah zara turut memberitahu malas untuk melihat cermin seketika.

“Dugaan di mana saya belum mampu dapat reaksi sebenar. Jealous bila tengok orang lain perfect.

“Tapi hati saya kuat cakap ada lagi yang lebih teruk. Saya redha dan yakin akan pulih. Malaslah nak tengok cermin sangat,” katanya lagi.

Zara juga sempat memaklumkan dia sedang mengikut beberapa tip yang diberi oleh orang kelilingnya seperti mengunyah gula-gula getah untuk pulih.

“Ada yang bagi cadangan untuk kunyah chewing gum, yes saya dah beli dan kunyah. Harap berjaya Insya-Allah semoga penyakit ini takkan kembali. Amin,” tulisnya lagi.

Syukur Zara semakin pulih, MH Online harap semuanya akan kembali normal seperti biasa. Apa pun Zara jangan ambil mudah dan lupa untuk jaga kesihatan ya!