Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya dan hanya memuat naik sebuah video buat tatapan umum.
Menerusi video pendek yang dikongsi itu, Zahnita dilihat mengenakan ‘hoodie’ dan berkaca mata sambil kelihatan sebak lalu memberikan simbol ‘mini love’.
Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut menyerahkan urusan perniagaan pai diusahakan kepada dua kenalannya buat masa ini.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 17,000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Ads
Terdahulu, pendedahan wanita berusia 39 tahun ini yang mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga mendapat perhatian ramai.
Zahnita beberapa hari lalu menerusi Instagram mendedahkan penderitaan dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik foto keadaan matanya yang lebam.
Ads
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan JC 2216 telah terhempas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang (setakat berita ini ditulis).
Pesawat itu tergelincir dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara itu, lapor agensi berita Korea Selatan.
Pesawat tersebut yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal itu dilaporkan dalam penerbangan pulang dari Bangkok, Thailand dan kemalangan itu berlaku semasa ia mendarat.
Dua orang ditemui hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan, kata seorang pegawai bomba kepada agensi berita Reuters.
Perkhidmatan kecemasan yang dikerah ke lokasi kemalangan cuba menyelamatkan orang di bahagian ekor pesawat, kata seorang pegawai lapangan terbang.
Setakat ini punca nahas masih belum diketahui, walau bagaimanapun dalam rakaman tidak disahkan yang dimuat naik dan tular di media sosial menunjukkan pesawat mengalami kegagalan gear pendaratan lalu tergelincir dan merempuh tembok.
Penyanyi Keena Mentor mendedahkan keadaan kesihatannya kini bertambah baik selepas mengikuti beberapa sesi perubatan Islam sejak hampir setahun lalu.
Keena, 38, yang kini lebih cenderung menyanyikan lagu-lagu berentak klasik berkata, dia sebelum ini mengalami beberapa insiden pelik seperti muntah darah.
“Saya sihat alhamdulillah, cuma sekarang saya tengah berubat selepas berdepan ujian penyakit misteri. Contohnya muntah darah masih lagi saya alami.
“Bila saya lebih fokus kepada genre muzik klasik sekarang ini pun saya kena. Kalau popular pun kena, begitu juga sebaliknya. Jadi ketika ini sedang berubat cara Islam.
“Malah mata saya juga sekarang jadi kurang nampak sebab mungkin ‘digasak’ dengan benda berkaitan dengan sihir, santau. Sebab itulah saya kerap pakai kaca mata.
“Bagi saya bila terlibat dalam dunia seni, pasti ada yang pernah terkena. Cuma ada di antara mereka yang memilih untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu.
“Macam saya sekarang, bergantung kepada proses perubatan dengan Ustaz dan alhamdulillah serangan muntah darah itu kini makin berkurangan.
“Saya alami insiden muntah darah sejak saya mula aktif menyanyi irama klasik hampir setahun lalu. Sebelum ini ada beberapa Ustaz yang saya rujuk dan sekarang saya ada berjumpa dengan seorang Ustaz di Puncak Alam, Selangor,” katanya.
Penyanyi yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Terpikat berkongsi perkara demikian ketika di temui pada majlis Pra Pelancaran Festival Kampung Tradisi di SUK Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Ditanya sejauh mana teruk situasi yang dialami, Ikon Pasar Saloma ini mengakui dia ada berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar.
“Sampai tahap saya pernah terdetik untuk lakukan pembedahan. Di bahagian atas belakang kanan saya ada biji kelenjar yang belum boleh dipastikan oleh doktor.
“Bagaimanapun saya tangguh dulu prosedur seterusnya (pembedahan) sebab nak ikhtiar dengan rawatan tradisional. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau tidak, kita teruskan dengan prosedur cara moden.
“Bila saya pergi berubat dua tiga kali, ia hilang. Ustaz nasihatkan saya untuk pasang surah Ruqyah dan ayat-ayat suci al-Quran. Jaga solat, amalkan zikir, ‘pagar’ rumah dan diri-sendiri serta macam-macam lagi.
“Bila lakukan ujian imbasan sebelum ini, ada sekitar enam ke tujuh biji ketulan kelenjar. Saya bukan nak kata percaya kepada perkara seperti ini, tapi kita cuba usaha dan ikhtiar. Bila kita bercerita ada yang percaya dan tidak,” katanya lagi.
Reda dengan apa yang berlaku, Keena bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian berat baginya untuk tahun ini.
Malah dia tidak mahu tuding jari kepada mana-mana pihak yang sanggup melakukan perkara khurafat sedemikian.
“Bagi saya, rezeki Allah yang bagi. Kalau kita senang bekerja dengan orang, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Kita pun janganlah berlagak dan bagi semua senang dengan kita.
“Kerana masalah kesihatan tersebut juga, saya sekarang berhenti sekejap berlakon. Saya tak larat nak hadapi. Kalau tidak saya, suami pula yang muntah darah. Kasihan padanya.
“Malah minggu ini, ketika mandi selepas balik berubat, ulat sampah pula yang keluar. Ini dah macam tahap teruk, kalau tidak berubat badan nampak lebam.
“Macam tahun lalu ketika nak menyanyi, pasir sungai yang keluar. Kita pun pelik sebab macam mana benda ni berlaku. Saya tak percaya dengan sihir atau santau. Lepas berubat sudah okay, alhamdulillah.
“Yang penting sekarang saya memang amalkan ayat Nabi Sulaiman setiap kali nak keluar rumah sebelum keluar bekerja. Saya sedih bila situasi berlaku sebab sukar nak bekerja, cari rezeki. Jadi kita berhati-hatilah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dirinya menjadi punca berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kereta, baru-baru ini.
Menurut Syamsul, perlanggaran antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
“Ini adalah video yang sebenar. Kereta Audi yang tak fokus. Bukan salah saya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem Munafik itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Syamsul memohon orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu berhubung kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan mengusik Syamsul dengan mengatakan jentera mewahnya itu terlalu menonjol sehingga menyebabkan orang yang melihat sukar fokus.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” komen pelakon, Fattah Amin.
“Berkilau memukau,” kata pelakon, Zarina Zainoordin.
“Kereta berkilat sangat,” kata pelakon, Shahidan Izwan.
“Merecik sangat tu,” komen seorang netizen.
“Kacak sangat kereta sebelah. Terpegun lalu terhantuk,” balas seorang lagi netizen.
Sejak semalam, video kemalangan tersebut tular di seluruh platform media sosial dan ramai yang mendakwa pemandu terbabit terpegun melihat kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul sehingga menyebabkan dia kurang fokus dan melanggar kereta hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...