Uncategorized

Zahirah Macwilson Luah Rasa Kecewa Di Instagram

Share

Pasti ramai yang sudah mengetahui mengenai masalah dalam hubungan cinta Kamal Adli bersama pelakon cantik, Emma Maembong akibat campur tangan orang ketiga yang didakwa aktres tinggi lampai, Zahirah Macwilson.

Disebabkan itu, ia telah melibatkan seorang lagi aktor yang juga merupakan kekasih Zahirah iaitu Zul Ariffin. 

Bagaimanapun, setelah lama berdiam diri, Zul baru-baru ini tampil memberitahu dia tidak menerima apa-apa penjelasan daripada kekasihnya tentang kontroversi percintaan antara Kamal dan Emma.

Zul juga berkata tidak mengetahui mengenai Zahirah yang dikatakan sebagai orang ketiga punca hubungan pasangan tersebut goyah.

Malah, Zul juga berkata tidak mahu mempunyai sebarang komen mengenai kontroversi yang dilalui oleh tiga orang pelakon tersebut.

BACA JUGA > Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam Kontroversi Kamal, Emma Dan Zahirah

Menerusi Insta Story terbaru milik Zahirah dipenuhi dengan entri yang dilihat seakan kecewa dan terluka.

Lebih-lebih lagi dia kini sedang melalui saat-saat sukar dalam hidupnya dan memerlukan orang tersayang untuk terus menyokongnya.

Selain itu, dia juga muat naik foto yang berbunyi “Though I saw it coming, its still hurts.” Namun, tidak pasti sama ada segala luahan tersebut ditujukan kepada siapa.

Hanya empunya badan yang mengetahui kebenarannya. Dalam masa sama, Zahirah juga telah menutup ruangan komen foto tersebut.

Terdahulu, perhubungan Zahirah dengan Zul mula-mula diperkatakan sekitar September 2015 apabila gambar mereka berpegangan tangan tersebar di alam maya.

 

IKLAN