“Covid wedding vibes. Pretty much thought of you as a brother a while back but welcome to the family officially @flizzow.
“@ninimarini_ you’re the prettiest bride I’ve ever seen. May you both be blessed with all the love in the world.
Ads
“Love you guys,” tulisnya.
Menerusi majlis serba ringkas itu, kedua mempelai dilihat sama cantik dan sama padan mengenakan sepersalinan putih hasil tempahan khas Tenun Pahang Diraja.
Dalam pada itu, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak juga ada berkongsi foto cincin pernikahan mereka di IG stories.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Sampai Jadi itu turut mengenakan tanda pagar #JoeNiniYNWA yang bermaksud ‘You’ll Never Walk Alone’ bersempena dengan kemenangan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris hari ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat Joe dan isteri selain turut mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.
Ads
Untuk rekod, Joe dan Marini telah mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 29 Desember 2019 yang lalu.
Sumber: Instagram Didi Ramlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai berita, Izwan Azir Saleh berkongsi beberapa panorama menarik Tambak Johor yang kelihatan cukup tenang dan kosong selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.
Sengaja merakamkan detik bersejarah itu di laman peribadi miliknya, jelas Izwan, kali terakhir Tambak Johor ditutup adalah pada Julai 1964 selama empat hari akibat rusuhan kaum di Singapura.
“Biar jadi kenangan.
“Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru.
“Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari.
“Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas.
“Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942,” kongsinya.
Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, sunyi dan sepi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.
Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.
Foto : Instagram Izwan Azir Saleh & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sharifah Amani memohon agar netizen berhenti mencari kesalahan pihak lain berkait kes langgar sehingga mati oleh pemandu mabuk.
Entri yang dikongsikan kembali di ruang Instagram miliknya itu turut memohon agar netizen memberi sokongan kepada Zahlawati Zahlan yang kini terpaksa menyara lima anaknya selepas suami, Mohamed Zaili Mohamed maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk di ibu negara, Isnin lalu.
“Together we can make a difference.
“Let’s stop blaming/hating and start helping. I made an effort to find his widow’s contact number and managed to contact her directly.
“Arwah ada 4x anak. Kak Zahlawati meniaga makanan, hence why the husband was out doing the deliveries when he was hit by the drunk driver.
“Her bank account number is attached in the poster. And her business IG is @watiekitchen.
“Let’s try and help. Semoga semuaorang dimurahkan rezeki. Amin.
“Correction on the details, he has 5x children,” kongsinya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.