Uncategorized

‘You’ll Be Alright Sayang’ -Bersemutnya Tun Mahathir Dan Tun Hasmah

Share

MH respect dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ini, walaupun sudah berpuluh tahun bersama, masih lagi sweet!

Sebenarnya MH pernah beberapa kali bertemu dengan pasangan ini dan setiap pertemuan itu membuatkan MH lebih kagum dengan keutuhan cinta mereka.

Semalam, viral di media sosial apabila video Tun Hasmah memberikan kata-kata sokongan kepada suaminya.

“You’ll be alright, sayang,”katanya kepada Tun Mahathir.

MH difahamkan bahawa pasangan tersebut sedang menanti detik pertabalan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di Istana Negara, malam semalam.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan memuji tahap ‘sweet’ kedua-dua mereka.

Pada MH, pasangan Tun Mahathir dan Tun Hasmah membuktikan bahawa cinta sejati itu wujud.

Sumber: Twitter

IKLAN