Categories: Uncategorized

“You Lah Penyokong I & Bodyguard Anak-Anak I,”- Kapsyen Fasha Sandha Bikin Aidil Aziz Cair

Share

Pelakon  Fasha Sandha telah memuat naik sekeping foto bersama kekasihnya, Aidil Aziz di akaun Instagram.

Gambar yang dimuat naik pelakon drama Cucuk Sanggul Seroja itu turut disertakan kapsyen yang memberi pujian kepada Aidil.

“Time depan mata, dia menyakat kita. Dia ja pandai buat lawak pastu kadang2 dia gelak sendiri..
PakNgah, the muscle man.

 

Thank You PakNgah, jadi peneman makan maggi goreng pedas telur mata terbalik kat mamak, pendengaq setia,Penyokong setia i, bodydyguard Rayfal and Jemyma,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Gambar tersebut memaparkan Fasha bergambar bersama Aidil sebelum kekasihnya itu berangkat ke Cameron Highland atas urusan kerja.

“Selamat bertapa di Cameron Highlands. Jangan lupa petik strawberries untuk kami semua kat KL. shooting Selamat bertugas untuk drama #isteridalamsangkar,” tulisnya lagi.

Tidak hanya berdiam diri, Aidil telah membalas komen tersebut.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Amboi! Sweet betul Fasha dan Aidil ni. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak kalian.

Foto : IG Fasha Sandha

IKLAN