Categories: Uncategorized

“You Deserve It Girl!”- Pertunjukan Fesyen Nur Fazura Paling Vogue Di KLFW 2018

Share

Bahang KLFW 2018 masih lagi terasa dengan gaya dan fesyen yang digayakan para selebriti hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa.

Menariknya, pertunjukan fesyen dari pelakon jelita Nur Fazura menerusi jenamanya sendiri iaitu Fazbulous telah mengamatkan susana di Pavillion, KL.

 

Menerusi video yang dikongsikan oleh kelab peminat Fazura di Instagram, 12 orang model membuat gimik jatuh secara tiba-tiba dan kemunculan Fazura sambil catwalk telah membuatkan penonton terkesima.

Rata-rata netizen telah memberi pendapat masing-masing dalam ruangan video tersebut.

Wah! Lain dari yang lain sungguh fashion show Fazura ni.

Apa-apa pun , tahniah buat Fazura kerana telah berjaya ‘menguasai’ KLFW 2018 semalam.

Video: Instagram Fan Club Fazura

IKLAN