Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran bintang terkenal, Zizan Razak yang ke-36. Serentak dengan tarikh istimewanya itu, bintang Polis Evo ini ada menitipkan dedikasi hari jadi buat dirinya di Instagram.
Kongsi Zizan, dia berdoa agar terus menjadi insan cemerlang dan berjaya serta senantiasa dimurahkan rezeki.
Malah, harapannya moga dipercepatkan jodoh yang baik turut mengundang perhatian ramai.
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari ada berkongsi beberapa posting dengan memberi dedikasi terhadap isteri, Scha Alyahya selepas berjaya memotong rambutnya.
Rambut yang sudah mulai panjang kerana tidak dipotong selepas premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, Awal turut memuat naik beberapa video terkait menerusi Insta Stories miliknya.
Pada masa sama, pasangan tersebut turut mendapatkan nasihat serta tutorial cara memotong rambut lelaki dari pendandan rambut terkenal, Bambang Soteto.
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi keistimewaan sambutan Ramadan pada tahun ini, bukan sahaja kerana dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun disebabkan terdapat lima hari Jumaat sepanjang sebulan umat Islam berpuasa.
Namun disebalik semua itu, jelasnya apa yang penting, ibadah puasa dapat dijalani dengan penuh fokus dan ketepikan duniawi buat seketika.
“Kenapa tahun ini istimewa?
“Ternyata Ramadan tahun ini akan kita tempuh dengan lima kali hari Jumaat yang tidak terulang kecuali setiap 20 tahun sekali.
“RAMADAHAN VERSI PKP YG SANGAT ISTIMEWA UTK KITA SEMUA.
“Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg terbaik utk kita semua.hikmah disebalik PKP ini, kita semua dot fokus sepenuhnya kpd ibadah kita dan tinggalkan duniawi sekejap yg kita kejarkan selama ini.
“Sebelum melafaz dan melangkah ke bulan yg mulia ini, saya dgn rendah diri memohon maaf kpd semua followers, fans, friends and family diatas segala salah laku saya secara online dan offline.
“Maaf kan sya yea semua.semoga ruang ramadhan yg mulia ini adalah ruang yg terbaik utk saya memperbaiki segala kekurangan diri saya.
“Jangan lupa memohon maaf terutamanya kpd kedua ibubapa sebelum kita sama meraih keuntungan pahala ramadhan ini.
“Kalau ada masa, sebaik2nya buatlah solat sunat taubat malam ini sebelum kita sama2 berniat utk menunaikan rezeki ramadhan ini.
“Selamat berpuasa kpd semua,” kongsinya di laman Instagram.
Kian dikenali menerusi single Sumpah tahun lalu, bintang yang cukup hebat vokalnya, Aina Abdul kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Semalam.
Statik dalam mengekalkan reputasi sebagai ‘singer-songwriter’ yang kuat dalam menyampaikan mesej dalam setiap karyanya, Aina kali ini cuba membawa isu hubungan toksik menerusi single barunya itu.
Mengakui Semalam sudah pun diciptanya tahun lalu sebelum Sumpah mara ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Aina juga optimis untuk melihat sukses sama terhadap Semalam.
“Saya tulis Semalam sebelum Sumpah berjaya mara ke semi final Muzik-Muzik lagi. Saya isi masa untuk tulis lagu sebagai persiapan sendiri untuk lancarkan single seterusnya.
“Jadi inilah dia, Semalam yang saya persembahkan ini adalah berkisar mengenai ‘hubungan toksik’ yang berdasarkan dari pengalaman sendiri dan sekeliling juga.
“Ia berbeza dengan Sumpah tetapi subjeknya masih sama. Semalam lebih jepada rasa kecewa. Sumpah mengisahlan mengenai penyesalan, tetapi kali ini ia lebih kepada rasa kecewa kerana diperlakukan sedemikian dalam menjalin hubungan cinta,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai pendiriannya untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang menyuntik elemen sedemikian, bintang ini mengakui dirinya tidak akan terus berhenti dari berkarya hanya kerana komen yang menghentam.
“Saya tidak akan berhenti berkarya hanya kerana komen dan hentaman netizen kerana kontroversi terdahulu. Saya bukan nak melawan, tetapi saya akan keluarkan sesebuah lagu yang selari dengan mesej dan situasi.
“Isu yang saya ketengahkan ialah ‘emotional abuse’ dan ‘domestic violence’. Saya takkan berhenti untuk terus ketengahkan isu sedemikian,” akui Naib Juara Mentor Legend ini lagi.
Terdahulu, Semalam sudah berada di semua saluran muzik secara digital menerusi platform Spotify, Joox, Apple Music dan Deezer sejak Mac lalu dan lirik videonya juga boleh ditonton di laman YouTube.
Sehingga kini, muzik video lirik Semalam sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...