Pelakon Sophia Albarakbah, 32, tenang menghadapi spekulasi netizen yang mendakwa wujud suasana janggal antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah ketika berada di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).

Menurut Sophia, dia tidak merasakan apa-apa kejanggalan, sebaliknya lebih menumpukan perhatian terhadap penghargaan yang diterima.

“Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama. Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masih terkejut sebenarnya. Tapi (bila menang) saya rasa sangat bersyukur.

“Saya tak rasa kena sindir. Mungkin itu adalah cara dia (Bella) sampaikan (anugerah). Sebab memang dia kenal,” katanya. 

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media AMT 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Ads

Malah, dia memilih untuk bersikap profesional dan tidak mahu memanjangkan perkara yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.

Spekulasi Kembali Hangat

Dalam acara tersebut, Bella menyerahkan trofi kepada Sophia untuk kategori Selebriti Feminin Terhangat, namun interaksi mereka menjadi bualan hangat netizen kerana dikatakan kelihatan janggal dan tidak mesra.

“Selebriti Feminin Terhangat Pilihan Ramai Adalah…. Yang Ni Saya Kenal. Kenal Sangat… Sophia,” kata Bella sebelum menyerahkan trofi berkenaan.

Ads

Sementara itu, Bella turut dilihat mengelak dari ditemubual media dan tidak hadir ke bilik sidang akhbar selepas memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Sebaliknya, Bella terus meninggalkan lokasi selepas selesai acara.

Ads

Situasi ini kembali mengingatkan warganet kepada kontroversi yang tercetus pada Januari 2023 apabila Bella mendakwa Sophia sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah.

Bella sebelum ini turut berkongsi tangkap layar permohonan maaf daripada Sophia yang ingin memperbetulkan keadaan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads