Uncategorized

Yang Hebat, Saya Sayang Dan Hargai. Contohnya Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. – Reaksi Siti Nurhaliza

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyuarakan rasa hormat dan kagumnya terhadap barisan pemimpin negara yang selama ini tidak jemu-jemu berbakti.

Katanya apabila ditanya adakah dia selepas ini akan menyokong secara lebih terbuka terhadap Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyanyi Comel Pipi Merah ini memberitahu dia begitu menyenangi para pemimpin yang hebat.

“Sebagaimana yang kalian tahu, saya macam tulah. Tak perlulah saya nak menggembar-gemburkan lagi. Sebagaimana yang saya nyatakan di Instagram misalnya sebab saya menyayangi. Pemimpin yang hebat kita sayang dan hargai, tak kiralah daripada mana.

 

“Misalnya saya menghargai Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya pernah berjumpa dengan arwah. Saya zahirkan hormat dan kagum saya. Semua yang berbakti pada Malaysia, amat-ama saya hormati dan sayang,” kata Siti.

Terdahulu, bintang asal Pahang berusia 39 tahun ini ditemui media di palancaran butik kelapan, Creation and SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada Ahad.

Selain pertunjukan fesyen busana muslimah terbaru jenama berkenaan, Siti turut menghiburkan peminat menerusi dua buah lagu iaitu Comel Pipi Merah dan sebuah lagu rayanya, Sesuci Lebaran.

Dalam perkembangan lain, Siti turut memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah lagi remake Comel Pipi Merah yang secara eksklusif buat halwa telinga sepanjang Ramadan ini, duet bersama Khai Bahar. Lagu yang diberi judul Cinta Syurga itu boleh diperolehi menerusi semua platform muzik digital dalam masa terdekat.

Ikuti juga temu bual penuh bersama Siti menerusi FB Live MH.

Foto/Video : Instagram Siti Nurhaliza

 

IKLAN