Penyanyi dan penulis lagu, Shila Amzah akhirnya menemukan kekuatan untuk menghasilkan lagu berjudul Sirna Hati, yang berkisarkan tentang fasa tersendiri dalam perhubungan pernah dialami sebelum ini.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, lagu tersebut turut mewakili suara serta perasaan setiap mangsa yang melalui pengalaman sama sepertinya.

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

“Pada saya, penderaan ini tidak hanya berlaku secara fizikal sahaja. Malah, ada juga penderaan dari segi mental dan kewangan.

“Mengapa saya menuliskan lagu Sirna Hati ini, ada kalanya suara mangsa ini tidak begitu didengari.

“Saya harapkan melalui lagu ini, ia dapat memberikan mereka kekuatan untuk bersuara dan tidak lagi kekal di dalam hubungan yang sebegitu,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di showcase dan majlis pelancaran album terbaharunya, SA25, baru-baru ini.

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

Katanya lagi, lagu ini juga menjadi simbolik kepada kebangkitannya selepas melalui trauma mendalam sebelum ini.

Ads

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

“Dalam masa sama, lagu ini juga menunjukkan yang saya sudah berani dan tidak takut lagi dengan orang-orang yang seperti ini.

“Saya sudah luahkan segalanya di dalam lagu. Saya sudah tidak lagi merasai trauma itu,” ujarnya.

Bantuan Suami Dalam Proses Siapkan Album

Sementara itu, Shila memaklumkan lagu Sirna Hati turut menerima sentuhan suaminya, Ubai, yang membantu dari segi idea dan penulisan lirik.

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

“Saya memang tak boleh nak menghabiskan penulisan lagu ini. Setiap kali saya tulis sesuatu, saya akan rasa sakit dan timbul perasaan tak suka.

Ads

“Kemudian, Ubai kata dia nak cuba habiskan lagu ini. Dia merupakan individu yang tahu segalanya tentang kehidupan saya. Jadi, dia bagi cadangan dari segi lirik dan susunan lagu.

“Lagu ini pada awalnya ada verse dan chorus sahaja. Saya pun agak terpinga-pinga bila Ubai nak bantu. Boleh ke dia? Ketika menulis, Ubai seperti jadi orang lain,” katanya.

Tambah Shila, lagu itu tidak dibuat dalam genre balada kerana enggan ia kedengaran terlalu sedih.

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

“Namun, saya tidak mahu lagu ini dibuat dalam genre balada. Nanti ia terdengar seperti sedih. Lagu ini lebih kepada peringatan bahawa saya tidak takut lagi.

Ads

“Siapa yang terasa itu, terasalah. Syukur lagu ini disukai oleh peminat,” kongsinya lagi.

Malah keseluruhan lagu dalam album terbaharunya adalah luahan paling jujur dalam perjalanan seni ibu kepada dua cahaya mata ini.

“Yang Berlalu, Biarkan…,” – Shila Amzah Bangkit Lawan Trauma ‘Abusive Relationship’? Ubai Bantu Tulis Lagu Album Baharu

“Memang benar, album ini merupakan luahan paling jujur daripada saya. Sebelum ini, mungkin saya tidak berapa selesa untuk menulis lagu-lagu seperti ini.

“Jadi, apabila saya nak buat album SA25 ini, saya merasakan sudah tiba masanya saya luahkan segalanya. Saya tidak mahu bersembunyi lagi.

“Yang berlalu, biarkan berlalu. Namun, dalam masa sama, saya boleh move on juga. Ia seperti saya menulis diari,” akhirinya.

Album SA25 merupakan trajektori perjalanan Shila Amzah sebagai anak seni, memuatkan hampir 25 buah lagu dan kini boleh didengari di seluruh platform penstriman.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads