Pengarah dan penerbit, Michael meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mahu memilih vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, Michael telah memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.
Bagi Michael, sikap sedemikian sangat tidak bermoral dan tak sepatutnya dilakukan.
Ads
“LAGI PASAL VACCINE DI M’sia Yg Bangsa CINA nak pilih vaccine dari China sahaja sebab cina utk cina mah so baru ngam and selamat.
“Yg bangsa Melayu takut vaccine sbb ada org cakap tak halal and ada babi, ada aku lepok semua yg nak pilih ni! Sedar lah diri sikit! Sakit pulak hati tgk perangai semua org ni.
Ads
“Kita nak percepatkan vaccine satu Malaysia tapi banyak songeh pulak!!!,” tulisnya.
Link posting
Ads
Difahamkan, dia mengetahui mengenai perkara ini selepas terbaca satu blog yang menolak penerimaan vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Dalam pada itu, Michael turut menjelaskan perkongsiannya itu bukan oleh kerana bersikap rasis namun mahu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang permasalah vaksin yang berlaku dalam negara.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bukan layak atau tidak, tapi saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian.” Itu kata salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNM), Kelly Azman selepas komennya terhadap prestasi peserta program hiburan berkenaan mendapat reaksi pelbagai penonton.
Membuka tirai saingan pertama ATNM malam tadi, ada yang mendakwa wartawan dan penyanyi itu tidak layak untuk berada berada posisi tersebut bersama 49 orang juri lainnya.
“Apabila sudah dilantik sebagai juri, itu menjadi tanggungjawab. Bukan soal layak atau tidak. Format program tersebut sebegitu dan saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian.
“Jadi sudah tentulah saya pun ada pandangan tersendiri selepas melihat persembahan yang telah dibuat.
“Rasanya semua orang boleh beri pendapat. Misalnya netizen di luar sana, mesti anda pun ada pandangan sendiri, sebagaimana anda yang kecam saya sekarang,” katanya.
Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob juga tidak menolak, peminat generasi baru kurang mengenalinya.
“Mungkin ada yang belum tahu, saya dalam industri dah lama. Sebelum ini saya banyak terlibat dengan kerja di belakang tabir.
“Malah impian untuk jadi penyanyi pun sudah terpendam lama cuma belum ada rezeki pada ketika itu. Sampailah saya diberi peluang untuk menjadi hos dan daripada situlah saya mulai rakam lagu dan sebagainya.
“Secara perlahan-lahan, orang industri makin kenal dan berikan kepercayaan. Tapi saya tak pernah puas untuk terus belajar,”katanya lagi.
Ditanya mengenai apakah pendiriannya terhadap mereka yang memberi kecaman, Kelly yang pernah muncul menerusi single No No No ini tidak mahu melatah.
“Kenalah tonton sampai peringkat akhir. ATNM baru sahaja memulakan saingannya. Tapi tidak mengapalah, saya hormati dengan apa sahaja kritikan yang diberikan.
“Itu pandangan anda yang berhak untuk berkata apa-apa. Terima kasih banyak-banyak. Yang belum mengenali, salam perkenaalan saya ucapkan,” katanya lagi.
ATNM yang dihoskan oleh Sheryy Al Hadad bersama barisan 50 juri yang diketuai oleh Datuk AC Mizal bersiaran selama 10 minggu setiap Ahad di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Pemenang di peringkat akhir bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Siti Sarah dan suaminya, Shuib kembali berduet menerusi lagu Semakin Benci Semakin Cinta selepas sembilan tahun berpadu suara.
Ternyata, naskhah ciptaan dan lirik oleh Ajai itu pastinya menjadi makna istimewa memandangkan Sarah kini sedang hamil anak keempat mereka.
Sebelum ini, Sarah dan Shuib terlebih dahulu pernah muncul menerusi single Nyawa Itu Cinta yang dilancarkan sekitar tahun 2012 lalu.
Menurut Sarah, meski kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia melihat ini waktu yang sesuai untuk mereka berkongsi karya baharu kepada semua.
“Lagu ini sudah dirakamkan sejak setahun lalu, lebih tepat ketika negara kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang pertama dahulu.
“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.
“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, jadi inilah waktu tepat untuk diperdengarkan kepada peminat,” katanya.
Meski tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ini bukanlah babak kehidupan yang dilalui pasangan ini. Namun, ia dilihat sesuai untuk dihayati berdasarkan situasi semasa ketika ini.
“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.
“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama.
“Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang. Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” tambahnya lagi.
Sementara itu, pelawaan Ajai untuk berduet tidak dipandang sepi oleh Shuib. Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang kini sedang berbadan dua, besar harapannya untuk melihat lagu ini diterima baik pendengar.
“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar.
“Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar. Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, Ajai tahu tentang kemampuan vokalnya dan apa yang diciptakan itu ‘kena’ dengan mereka berdua. Seterusnya, memudahkan proses rakaman.
Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music.
Lagu ini sudah boleh distrim menerusi semua platform digital dan lirik video boleh ditonton di YouTube bermula 22 Jun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ezzrin Loy mengakui berasa amat terkesan dengan pemergian Allahyarham neneknya, Siti Rokiah Saat yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Ezzrin, dia tidak akan sesekali melupakan setiap jasa baik dan nasihat neneknya yang dikongsikan sejak dia masih kecil.
“Al fatihah Siti Rokiyah Binti Saad.
We lost our beloved Atuk last night to Covid. A very special soul, who taught me about the values of life.
“I will remember her kindness and will keep being strong like she has always been, the strongest,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Ezzrin turut meluahkan rasa syukur kerana telah diberikan kesempatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk menyempurnakan majlis pengebumian jenazah nenek itu.
Selain Ezzrin, majlis tersebut turut disertai oleh abang iparnya yang juga merupakan suami kepada pelakon, Elfira Loy, Faris Anuar.
Sewaktu majlis pengebumian berlangsung, Ezzrin dan Faris dilihat lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE) yang telah pun disediakan oleh pihak KKM.
“Very grateful that I was with her one last time today, teman Atuk. Also many thanks to KKM for preparing me and Abang Faris for her funeral. Alhamdulillah, Semuanya dipermudahkan
“Now she’s in a better place with Tokwan InsyaAllah. Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sedih turut menitipkan doa semoga arwah neneknya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Deepest condolences for you and your family bro, my prayers are with you guys.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...