Tanggal 31 Mei lalu menjadi moment bermakna buat pelakon, Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Diberi nama Mohamad Eidrees kerana lahir pada bulan Syawal (Eid), Anzalna turut membuka akaun untuk bayi comelnya itu.
“Anzalna dan Hanif berkahwin pada tahun 2016. Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami.
“Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!
“Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh.
“Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana,” tulisnya.
Dalam pada itu, Anzalna mendedahkan bahawa dia hampir melakukan pemeriksaan histerosalpingografi (HSG) iaitu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio.
Ads
Baginya, hampir tiga tahun Anzalna dan Hanif bersabar menanti zuriat.
“Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan.
“Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak! 😜hahhahahaah Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada “good news” terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up. Hanif pun kena check juga. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah.
“Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali,” kongsinya.
Ads
Akur bekas Dewi Remaja 2009/2010 ini, dia banyak ke luar negara dan terpaksa menangguhkan pemeriksaan tersebut.
Bagaimanapun, dia disahkan hamil apabila pulang bercuti di Itali.
“Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG. Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak.
Ads
“Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustaja.
“Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya. Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu,” tulis Anzalna panjang lebar.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei lalu.
Selepas perkongsian foto Danish Hakim dan Marissa Dania bersama anak sahabatnya yang dikenali sebagai Light Km jadi perhatian, netizen mula mengandaikan kedua keluarga ini sudah rancang sesuatu untuk masa depan mereka.
Apatah lagi, Abby Abadi memohon doa agar usikan kedua-duanya berjodohan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Malah dia menyifatkan hubungan antara Danish Hakim dan Ida sebagai cinta antara benua.
Terkesan dengan komen netizen, Light Km yang mempunyai lebih 200k pengikut di laman Instagram meminta agar netizen memberi ruang buatnya dan anak-anak.
“Fahamilah.
“Mereka masih bdk2..masa masih pjg. Biarkan mereka bersahabat dgn ikhlas. Biarkan mereka membsr mcm anak2 lain.
“Jarang jumpa jd bila jumpa..mak nya excited nak ambik gbr utk kenangan. Dorg depan2 tak berckp pun. Duk jejauh.
“Sama mcm Adam…ada kata kesian. Kesian kenapa plak..anakku takde rupa ke…takde org nak ke. Dia cool je takde nak jiwang2..org lain lak jiwang…adoi lar anak aku busy sado kan diri..focus study utk masa depan lagi nak bg mak duit bebyk dulu.” tulisnya panjang lebar.
Memiliki dua atau lebih isteri bukanlah sesuatu yang mudah andai si suami tidak boleh berlaku adil dan berkemampuan.
Mana tidaknya, dalam hal sebegini mereka perlu menjaga hati banyak pihak baik dari segi masa, kewangan dan layanan yang sama rata.
Namun, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red cuba memberikan yang terbaik buat dua isteri.
Malah, dia juga sentiasa mendoakan buat kedua -dua isterinya iaituDatin Syarifah Nor Syafila dan penyanyi, Datin Adira.
“Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.
“Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah,” tulisnya sambil disertakan foto kedua isterinya.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...