Uncategorized

‘Ya Tohannnnnn! Malu Lah Datuk Oi!’ Netizen Minta Datuk Seri Vida Jaga Aib Anak

Share

Gara-gara berkongsi video anak yang dikenali sebagai Cik B di Instagram sedang membeli pakaian dalam di sebuah butik popular, Datuk Seri Vida teruk dikecam oleh netizen!

Rata-rata meminta Vida untuk lebih sensitif dalam berkongsi segala update di sosial media terutamanya apabila melibatkan aib anak sendiri.

Menurut mereka, Cik B sudah besar dan mungkin tidak selesa jika berkongsi hal-hal sebegini. Walaupun tahu apakah niat sebenar Vida, ramai tumpang bersimpati dengan nasib anak dara pengasas kosmetik ini.

Malah ada juga yang menggelarkan perbuatan berkongsi momen seperti ini sangat kurang cerdik….

Walaupun hanya sekadar menunjuk baju dalam yang ada, perkongsian ini juga telah menimbulkan pelbagai respond daripada netizen.

Sungguhpun tidak kurang yang memuji Vida sangat sporting dan sempoi berkongsi momen seperti ini, namun tindakannya  ini telah ‘menjemput’ golongan-golongan pervert dan gila sex mengambil kesempatan meninggalkan komen-komen menjengkelkan.

Memang benar sebagai seorang ibu, perkara-perkara seperti ini pasti akan buatkan kita rasa teruja, namun sebenarnya harus berhati-hati lagi pula jika anak kita perempuan.

Zaman sekarang memang macam-macam cara orang akan mengambil kesempatan terhadap kita.

Pandangan kami, Vida perlu lebih berhati-hati dalam bab sebegini. Bimbang jika ia akan memalukan anak sendiri tanpa disedari.

IKLAN