Tajul Ariff sudah tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan isteri, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 lalu.
Menurut pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md Shari seperti yang dipetik mStar, antara sebab utama dia merahsiakan perkara berkenaan kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni.
Pada masa sama bintang berusia 21 tahun ini juga enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerjayanya.
“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul seperti yang dipetik mStar.
Terdahulu, status bintang berkenaan menjadi tanda tanya ramai dan beberapa hari lalu, portal berkenaan ada mendedahkan mengenai sekeping foto yang dihantar pembaca yang meminta penjelasan serta mendakwa wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.
Lalu, penyanyi berkenaan turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka hujung November depan.
“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.
“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” pinta Tajul.
Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara berkenaan selain peminat agar tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.
Foto/Sumber: Instagram Tajul/mStar
∞
Penampilan ringkas yang cukup sopan ditampilkan pelakon Ardell Aryana di ruang Instagram miliknya.
Meski hanya berseluar corak pelikat yang digayakan dengan padanan topi, kata Ardell dia hanya wanita biasa dan seorang tukang jahit.
“Back to reality & back to my style. Bukan wanita yang cantik di make up seperti kemarin, bukan lagi wanita bertumit tinggi seperti kemarin & bukan wanita yang semewah itu baju pakaian nya seperti kemarin (Terima kasih semua yang telah berusaha untuk mencantik kan saya dari seorang yang biasa menjadi luar biasa)
“Hakikatnya saya hanya la Biasa-biasa, tukang jahit di @alwadeltailor untuk menyiapkan tempahan pakaian untuk butik-butik dan jahit pukal untuk pemborong & peniaga baru online, bersama team jahit saya,” tulisnya.
Back to reality & back to my style . Bukan wanita yang cantik di make up seperti kemarin , bukan lagi wanita bertumit tinggi seperti kemarin & bukan wanita yang semewah itu baju pakaian nya seperti kemarin ( Terima kasih semua yang telah berusaha untuk mencantik kan saya dari seorang yang biasa menjadi luar biasa ) . Hakikat nya saya hanya la Biasa-biasa , tukang jahit di @alwadeltailor untuk menyiap kan tempahan pakaian untuk butik-butik dan jahit pukal untuk pemborong & peniaga baru online bersama team jahit saya .
A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on Oct 8, 2019 at 8:55pm PDT
Perkongsiannya turut mendapat perhatian rakan artis, Ramona Zamzam misalnya yang menyifatkan wanita ini cukup sempurna seadanya tanpa perlu tumit tinggi atau solekan.
“No sayanggg, you’re doing just fine.
Beauty is not measured by makeup / high heels / baju.
"Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positive, ppl are happy to be around you, dan lain2, dah cukup to make a person beautiful. And that’s you Ardell!
"You’re comfortable in your own way and bukn kacau org pun so what! Biasa2 tu la yg lebih cantik. Be you, you’re beautiful,” balas wanita jelita ini.
Kecantikan terletak kepada mata yang memandang. Malah ia juga merupakan sesuatu yang subjektif.
Foto : Instagram Ardell Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
∞
Andai kedua-dua anaknya kini masih hidup, Muhammad Eddie Zuhdie kini sudah berusia 17 tahun manakala anak keduanya, Muhammad Edrie Zikrie menginjak 16 tahun.
Bagaimanapun, Yang Maha Pencipta lebih menyayangi mereka berdua…
Luahnya, walaupun reda dengan ujian yang diberikan, namun jauh ke lubuk hati, ada kalanya sukar mengelak daripada persoalan ‘kalaulah’.
“INI HARTA SAYA. HARTA DUNIA. HARTA AKHIRAT.
“2 ARWAH… MUHAMMAD EDDIE ZUHDIE(17 TAHUN), MUHAMMAD EDRIE ZIKRIE (16 TAHUN) kalau masih ada.
“NUR EDLYNN ZAMILEEN (14 TAHUN)
MUHAMMAD ERIC ZECQUAN(12 TAHUN).
“ALLAH LEBIH MEMGETAHUI, PERANCANGAN ALLAH TIADA SIAPA YG TAHU.
“SY REDHO. TAPI..KEPALA OTAK ..ASYIK KALAU KALAUI JE.
TERUTAMA…KALAULAH MRK MASIH HIDUP…,” kongsinya.
INI HARTA SAYA.. HARTA DUNIA HARTA AKHIRAT. . 2 ARWAH.. MUHAMMAD EDDIE ZUHDIE(17 TAHUN) MUHAMMAD EDRIE ZIKRIE (16 TAHUN) kalau masih ada. . NUR EDLYNN ZAMILEEN (14 TAHUN) MUHAMMAD ERIC ZECQUAN(12 TAHUN) . ALLAH LEBIH MEMGETAHUI PERANCANGAN ALLAH TIADA SIAPA YG TAHU.. . SY REDHO.. . TAPI..KEPALA OTAK ..ASYIK KALAU KALAUI JE.. TERUTAMA.. .KALAULAH MRK MASIH HIDUP… .
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Oct 15, 2019 at 11:30pm PDT
Mengimbau kembali tragedi hitam yang berlaku, anak pengasas produk kosmetik ini meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada 3 Ogos 2013.
Mayat Eddie, 11, dan Edrie, 10 ditemui di bilik mandi selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam.
Foto : Instagram Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
∞
∞