Apabila bercakap mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL), para pencinta muzik pastinya mengingati persembahan penyanyi, Sufian Suhami mempersembahkan lagu hitsnya, Dimatamu.
Menjadi buah mulut ramai pada ketika itu, lagu persembahannya turut diangkat sebagai Persembahan Tebaik di acara muzik tahunan berprestij itu.
Tahun ini, Sufian sekali lagi berpeluang untuk bersaing di AJL apabila Mencuba turut direkodkan sebagai antara 30 buah lagu yang terpilih mara ke separuh akhir Muzik-Muzik ke-34.
Berkongsi lanjut megenai perkara itu, bintang berusia 27 tahun ini menjelaskan, dia berasa terkejut apabila sekali lagi tercalon tahun ini.
“Sejujurnya saya berasa agak terkejut dengan keputusan juri apabila lagu tersebut tersenarai dalam pencalonan separuh akhir Muzik-Muzik.
“Bagi saya ketika saya menulis lagu Mencuba ini, ia sekadar luahan hati dan saya tak meletakkan harapan yang setinggi gunung untuk Mencuba.
“Apa-apa pun saya gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan barisan juri.
“Tak lupa juga terima kasih kepada pengundi yang meletakkan lagu Mencuba ini di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Sufian ditemui di sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-34 yang berlangsung di Theatrette, Balai Berita NSTP, Bangsar, pada Rabu.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Popular dengan suara watak animasi, Pada Zaman Dahulu iaitu Aki, lakonan suara Datuk Alias Lazan yang sering bercerita mengenai kisah teladan kepada dua orang cucunya telah meninggal dunia.
Perkara itu dikongsikan Facebook rasmi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. beberapa jam lalu.
“Pagi tadi kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.
“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah,” tulisnya.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang, Kuala Lumpur kira-kira subuh tadi.
Perkara tersebut dikongsikan anak Allahyarham, Lynda Alias di Facebook miliknya.
“Assalamualaikum wbt, Dukacita di maklumkan papa saya Dato Haji Alias Bin Mohd Lazan telah kembali ke rahmatullah subuh tadi di Hospital Selayang Kuala Lumpur.
“Mohon semua menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah, Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lynda juga memohon doa orang ramai agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah papa. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.
“Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Ya allah ya tuhanku permudahkn perjalanan kami dari JB….aminnn,” akhirinya.
Allahyarham juga pemilik suara Pak Mail menerusi animasi Geng: Pengembaraan Bermula.
Foto/ Video : Facebook rasmi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Lynda Alias, Youtube Pada Zaman Dahulu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!