Categories: Uncategorized

Wow! Suami Mila Jirin Hadiahkan Kereta, Siap Ada Driver Sekali?

Share

Penyanyi, Mila Jirin berkongsi hadiah istimewa yang diterimanya daripada suaminya, Ahmad Ailis menerusi laman Instagramnya, semalam.

Bukan calang-calang hadiah tau tapi sebuah kereta Mercedes. Tulisnya di ruangan kapsyen, dia tidak menyangka akan menerima hadiah tersebut.

“HADIAH dari MENTOR a.k.a Suami tercinta” – Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas.

 

“Saya bertanya : “Kenapa hadiahkan saya kereta ni??” Jawap en suami “This is your dream car…and as a rewards for your achivement & effort to our business.

 

“Saya bertanya lagi : “Siapa nak drive kereta ni??” Jawap en suami ” Driver lah takkan you” HAHAHA.

 

“#Allahuakbar, segala nikmat ini milik ALLAH…Alhamdulillah, terima kasih @isz_mustapha for this GIFT…you know…u and Arif is the BEST GIFT for me and nothing can beat that #SweetTakSweetTak?? HAHAHA

 

“Insya Allah moga Allah sentiasa memberi kekuatan & pertunjuk buat saya dan suami,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat penyanyi itu serta mendoakan agar dia dan suami terus dimurahkan rezeki.

Wow, beruntungnya Mila! Dapat kereta dengan ‘driver’ sekali. Sekurang-kurangnya segala penat-lelahnya ada hasilnya kan?

Foto/Instgaram: Mila Jirin

IKLAN