Uncategorized

Wow… Selebriti Hallyu Bakal Serbu Shah Alam Ogos Ini!

Share

‘Demam Hallyu’ sememangnya merupakan satu perkara yang sudah menjadi lazim di kalangan masyarakat kita khususnya mereka yang berada di usia remaja.

Katalah apa sahaja, namun fenomena Kpop atau ‘hallyu’ ini sebenarnya sudah menjadi satu trend di Malaysia.

Julai ini sahaja menyaksikan tiga grup besar dari Korea Selatan iaitu EXO, Wanna One dan Twice menjejakkan kaki ke tanah air.

Terbaru, Ogos depan juga bakal menyaksikan barisan nama-nama popular di Korea Selatan untuk memeriahkan pentas Festival Muzik K-Waze 3 yang dibawakan oleh Mcalls anjuran Macpiepro dengan kerjasama MSR.

Barisan artis seperti FT Island, EXID, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan Boyfriend bakal menemui peminat tanah air bertempat di Stadium Melawati pada 18 Ogos nanti.

Menariknya mengenai K-Wave ini adalah harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM34 hinggalah RM498. Wow, murahnya!

Awal tahun lalu, K-Wave 2 turut membawakan barisan artis popular seperti Super Junior, Taeyeon, Nu’est W, Mamamoo dan banyak lagi.

MH pasti ramai yang tak sabar untuk melihat aksi grup kesayangan mereka di atas pentas kan?

Dalam pada itu, jualan tiket sudah pun bermula dan dua zon iaitu Ecolite Zone (L) dan Dutch Lady Zone (R) sudah pun habis.

Apa-apapun, jangan risau kerana zon lain masih lagi ‘available’! Untuk info lanjut layari laman web rasmi www.macpiepro.com.

Foto: Carian Google

IKLAN