Categories: Uncategorized

Wow… ‘Letopannya’ Photoshoot Cover Single Shiha Zikir Ni!

Share

Pasti ada yang masih ingat dengan muzik video, Jagakan Dia nyanyian Shiha Zikir yang turut menampilkan aktor, Shaharul Ridzwan sebagai pelakon utamanya kan? MH tidak nafikan, storyboard muzik video berkenaan juga cukup menarik.

Jadi tidak hairanlah sekiranya muzik videonya sudah pun ditonton lebih 1.05 juta kali tontonan sejak dimuat naik tiga bulan lalu.

Bagi yang tidak tahu, single berkenaan merupakan hasil ciptaan Ippo Hafiz dan selain lagu tersebut yang best, MH juga tertarik dengan tema photoshoot single berkenaan yang cukup cantik!

Katanya, gaun yang dipakai adalah rekaan Dwen Raha sementara solekan pula hasil sentuhan Shazreeyna Shukri.

Nah, MH payung beberapa keping gambar sekitar sesi photoshoot berkenaan. Cantik kan?

Foto: SZ Empire dan LMA Talent House.

 

IKLAN