
Pelakon remaja, Ikmal Amry ada memuat naik fotonya bersama seorang gadis, dipercayai teman istimewa kepada finalis Hero Remaja terbaru itu.
Berkongsi foto menerusi Instagram awal malam tadi, gadis berkenaan turut memuat naik gambar berlatar belakangkan lokasi sama.

“Every tall boy needs a short girl by his side,” tulis gadis berkenaan.
Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali sebelum ini ‘agak payah’ untuk memuat naik gambar temannya itu, cuma November lalu, Ikmal ada muat naik foto gadis misteri saat makan malam bersama.
Bagaimanapun, menerusi Instagram gadis tersebut, wajah pelakon angkatab baru itu sering kali dikongsinya dengan kapsyen berbaur romantis.
Foto: Instagram Ikmal Amry & Najlxsam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada Angin Tiada Ribut, Daus AF8 Bercerai Dengan Isteri Selepas Lebih 2 Minggu Lahir Anak Bongsu

Tiada angin tiada ribut, penyanyi yang juga pelajar Akademi Fantasia musim kelapan, Daus eli atau nama sebenarnya, Muud Shahril Firdaus Eli mendedahkan dia sudah berpisah dengan isterinya, Syaza.
Malah, bintang berusia 32 tahun ini juga tidak menafikan rumah tangganya sudah lama tidak harmoni.
“Masyarakat boleh kata apa saja mengenai perceraian kami tetapi saya mahu menegaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang secara mendalam dengan bekas isteri.
“Sebenarnya, rumah tangga kami sudah lama tidak bahagia iaitu sebelum bekas isteri hamil anak ketiga kami lagi.
“Sejujurnya siapa yang mahukan perceraian, tambahan pula anak-anak masih kecil tetapi bekas isteri tetap dengan pendiriannya… Untuk tidak memanjangkan isu rumah tangga kami saya bersetuju untuk menceraikannya secara baik.
“Keputusan ini dibuat pun selepas kami berfikir masak-masak, berbincang termasuklah merujuk kepada keluarga namun nampaknya jodoh kami hanya setakat ini,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Terdahulu, pasangan berkenaan bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru dilahirkan dua minggu lalu.
Pada masa sama, Daus turut menolak keretakan rumah tangga adalah disebabkan orang ketiga.
“Perceraian itu terjadi disebabkan tiada lagi persefahaman ekoran terpaksa berjauhan. Saya menolak faktor kewujudan orang ketiga.
“Saya tidak menyalahkan bekas isteri dan menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir dan fokus saya kini adalah membesarkan tiga anak mereka.
“Saya hendak ulas banyak pun banyak hati yang perlu saya jaga tetapi hubungan jarak jauh itulah punca timbulnya masalah dalam rumah tangga kami.
“Apa yang penting kami bercerai secara baik. Sekiranya jodoh kami panjang… Saya terbuka hati untuk kembali rujuk dan berharap masyarakat mendoakan yang baik-baik buat kami,” akhiri Daus.
Foto: Instagram Daus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Makeup Paling Onz!,” – Ramai Puji Mekap Azira Shafinaz And The Gang Di AJL33, Termasuk Ernie Zakri!

Tidak dinafikan, penampilan simbolik kumpulan De Fam saat membawakan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) lalu mendapat pujian ramai.
Meski diberikan amanah untuk mempersembahkan lagu orang lain, namun trio tersebut dianggap bersungguh, lengkap dengan tarian memukau.
Selain itu, tidak kurang yang turut memuji solekan ketiga-tiganya, terutama Azira Shafinaz yang disifatkan paling menonjol di antara ketiga mereka kerana turut aktif dalam lakonan.
Menerusi foto solekan secara dekat yang dikongsi menerusi Instagram, rata-ratanya memuji solekan daripada Sahir Sabri itu, termasuk rakan selebriti.
“Makeup paling Onz,” reaksi Ernie Zakri.
A post shared by Azira Shafinaz | DeFam (@azirashafinaz) on
A post shared by Azira Shafinaz | DeFam (@azirashafinaz) on
Foto: Instagram Azira Shafinaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sufian Suhaimi yang baru sahaja dinobatkan pemenang bagi kategori Persemhahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) menjelaskan, konsep persembahannya malam tadi bukan bertujuan untuk ‘mencuit’ mana-mana pihak.
Sebaliknya, apa yang dipersembahkan merupakan hasil perbincangan dan idea ramai pihak. Malah jika ada yang terasa, Sufian memohon maaf.
“Bila bercakap mengenai kisah saya yang putus tunang, tentunya tak jadi kahwin. Tapi itu bukanlah untuk cuit mana-mana pihak.
“Itu adalah interpritasi saya untuk lagu tersebut di pentas AJL33 dan kalau ada yang terasa hati atau terguris, saya mohon maaf.
“Ia hanyalah persembahan dan rasanya penonton pun suka. Kalau ada yang tak suka tu boleh tengok persembahan lain,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perancangan persembahan, Pian memberitahu ada beberapa idea telah diberikan. Bagaimanapun apa yang lebih diutamakan ialah susunan lagu.
“Ada beberapa idea, cuma apa yang menjadi keutamaan ialah susunan lagu itu sendiri. Bila sudah dapat susunan lagu tu barulah Hatta Dolmat selaku stylist saya dan kebetulan dia ada kenal dengan team perancang perkahwinan yang sebelum ini merancang majlis untuk kahwin Yuna.
“Dia berminat untuk membantu buat Di Matamu dan itulah yang boleh kita lihat,” jelasnya lagi.
Diajukan persoalan jika ada pihak yang membayangkan Pian seperti mahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, bintang ini menafikan perkara berkenaan.
“Saya tidak melihat ini sebagai mengambil kesempatan. Cuma apa yang berlaku itu seolah-olah ada timeline yang macam sesuai dengan apa yang kita buat.
“Misalnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali katakan lagu itu bukan mengenai kisah peribadi saya. Kemudian benda tu berlaku ketika ia hampir dilancarkan.
“Kemudian bertanding di AJL dan cerita itu masih lagi buah mulut orang,” katanya yang turut menafikan elemen ‘pelamin terbelah’ adalah sebagai penambah perisa persembahan.
A post shared by Muzik Muzik 33 (@muzikmuzik_33) on
“Bukan metafora juga.. tapi ia ibarat penambah perisa persembahan. Bukan 100% idea saya. Ada banyak orang di belakang untuk lagu ini di AJL dan apa yang anda lihat adalah hasil idea daripada banyak pihak,” terang Pian.
Ini antara sedutan temu bual bersamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

