Uncategorized

Wow, Hebatnya! Mydin Keluarkan Lagu Raya Sendiri!

Share

Pejam celik sudah setahun berlalu dan kini bulan Ramadan yang mulia datang bertemu dengan kita semula.

Selain daripada menjalani ibadah berpuasa, bulan Ramadan ini juga sering menjadi bulan untuk semua umat Islam mengumpul pahala sebanyak yang mungkin.

Kalau dah sambut puasa pastinya ramai juga yang tidak sabar-sabar untuk menyambut Aidilfitri kan?

Perkara yang membuatkan kita lebih seronok dan tidak sabar untuk beraya adalah apabila lagu-lagu raya sudah berkumandang di corong radio.

Bercerita pula tentang lagu raya, baru-baru ini MH berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran lagu raya Girang Syawal Tiba Mydin.

Wah siapa sangka sebuah pasaraya hebat boleh mengeluarkan lagu raya khas untuk pasaraya mereka dan Mydin merupakan satu-satunya pasaraya yang mempunyai lagu raya sendiri!

Apa yang menariknya tentang lagu raya ini selain melodinya dan liriknya yang sedap didengar, lagu ini juga turut dinyanyikan oleh enam penyanyi popular di bawah naungan syarikat rakaman FMC iaitu Ernie Zakri, Zoey Rahman, Tajul, Wani, Sissy Iman dan Haqiem Rusli.

Penggambaran bagi muzik video lagu ini pula telah dilakukan di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong untuk menyampaikan mesej kepada semua bahawa warga emas tidak harus dilupakan lebih-lebih lagi di hari lebaran.

Selain pelancaran lagu raya Girang Syawal Tiba ini, Mydin telah menyediakan pelbagai seleksi kurma untuk berbuka puasa, program-program dan peraduan yang pelbagai untuk disertai, bazar Ramadan yang menjual pelbagai menu untuk berbuka dan juga menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan kelengkapan hari raya dengan harga yang sangat berpatutan.

Jadi jom kita ramai-ramai kita buat persediaan untuk menyambut hari raya dengan membeli-belah di Mydin.

Ok mesti ramai yang tak sabar untuk mendengar lagu raya Girang Syawal Tiba Mydin kan? Jom MH belanja korang layan lagu raya best dari Mydin!

IKLAN