Sudah 7 tahun francais Harry Potter menamatkan kisahnya, namun sehingga kini filem tersebut mendapat tempat di hati peminat terutama sekali ‘potterhead’.

Rindu peminat terhadap watak Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley seakan terubat apabila buku bertajuk Harry Potter And The Cursed Child muncul setelah diadaptasikan daripada sebuah pementasan.

Wow! Harry Potter And The Cursed Child Bakal Difilemkan?

Bagaimanapun, buku tersebut nyata mengecewakan apabila ia hanya skrip daripada pementasan tersebut. Peminat mahukan sebuah buku yang sebenar.

Namun, itu tidak menghalang peminat untuk berharap bahawa akan ada filem ke-9 Harry Potter yang berkisarkan mengenai anak-anak Harry dan Ginny.

IKLAN

Baru-baru ini, pada 1 April lalu, satu poster muncul di laman web peminat Harry Potter mengatakan bahawa filem ke-9 francais tersebut akan menemui ‘potterhead’ pada tahun hadapan.

Wow! Harry Potter And The Cursed Child Bakal Difilemkan?

Namun begitu, pada MH, filem tersebut mungkin sukar direalisasikan memandangkan pemegang watak Profesor Snape, Alan Rickman meninggal dunia pada 2016.

IKLAN

Dalam pada itu, khabar berita tersebut ternyata menggembirakan peminat-peminat namun ada yang mengatakan bahawa khabar tersebut tidak benar dan ia hanyalah ‘aprilfool’.

Setakat ini, MH difahamkan bahawa Warner Bros dan penulis buku, JK Rowling menegaskan bahawa mereka tiada perancangan untuk menjadikan ‘Harry Potter And The Cursed Child’ sebagai sebuah filem.

Malah, Rowling sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin kisah Harry tamat pada buku ke-7 iaitu ‘Harry Potter And The Deathly Hallow’.

IKLAN

Apa-apapun, MH percaya kepada penggemar filem tersebut, kerinduan terhadap dunia ‘magis’ sedikit terubat dengan munculnya Fantastic Beast And Where To Find Them.

Filem kedua francais, Fantastic Beast: The Crimes Of Grindelwald bakal menemui peminat hujung tahun ini serta terdapat 3 lagi filem di bawah francais yang sama menanti.

Jadi, kepada ‘potterhead’ sediakan tongkat sakti anda!

sumber: Express UK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI