Uncategorized

Wow, Gambar DJ Zedd Di KLCC Dapat Perhatian Tun Dr Mahathir

Share

Minggu lalu menyaksikan kehadiran produser, penulis lagu dan DJ, Zedd di Malaysia untuk Echo World Tournya.

Namun, apa yang menarik perhatian MH adalah Zedd sempat berkongsi fotonya dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) menerusi laman Instagram miliknya.

“In the Middle,” tulisnya.

Pada MH, cantik betul foto yang diambil Zedd itu, turut berpendapat sama merupakan netizen-netizen khususnya rakyat Malaysia yang memberikan komen di gambar tersebut.

Dalam pada itu, turut berkongsi foto Zedd merupakan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

“A lovely picture of the beautiful twin towers. Malaysia are always proud of the KLCC. It is our national icon,” tulisnya.

Wow! MH tak pasti sama ada Tun kenal Zedd atau tidak tapi yang pasti memang gambar tersebut memang cantik.

Apa-apapun, lihat foto Zedd itu membuatkan MH pun nak bergambar depan KLCC juga.

Sumber: IG Zedd & Twitter Tun Dr Mahathir Mohamed

IKLAN