Uncategorized

Wow, Eina Azman Terima  Hadiah Handphone Jenama Vertu

Share

Pasti anda mengenali pelakon, Datin Paduka Eina Azman. Nampaknya sejak berkahwin ini dia semakin bahagia dan berseri-seri. Tambah lagi dikurniakan dua cahaya mata kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Malah, pelakon itu juga suka berkongsi telatah anak dan kemahiran memasak di Instagram.

Sekiranya anda mengikuti ibu kepada dua anak ini, pasti mengetahui suaminya, selalu akan memberi kejutan kepadanya. Bertuah badan.

Terbaru, Eina memuatnaik video menerima kejutan istimewa daripada suami tersayang, Datuk Paduka Kaiser yang membuat ramai wanita cemburui dengan kehidupannya.

Menerusi video tersebut, suaminya telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama mewah. Bukan iPhone mahupun Samsung tetapi Vertu!

Untuk pengetahuan, jenama Vertu ialah telefon mewah buatan tangan dan setiap telefon mempunyai hanya seorang pereka.

Dalam masa sama, setiap telefon Vertu dipasang dengan sangat teliti dan nama pereka itu juga akan ditulis di bahagian belakang tempat SIM. Sangat eksklusif!

Telefon ini juga diperbuat daripada bahan-bahan terbaik.

Menurut portal rasmi Vertu, MH Online sempat meninjau dan mendapati harga sebuah Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) yang berharga $7,900 iaitu (RM33,424.90) seunit.

Ruangan komen di Instagram Eina juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang turut gembira dengan kejutan yang diterima.

Malah, rata-rata mengucahkan tahniah dan mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke jannah.

 

 

IKLAN