Uncategorized

Wow..Aliff Syukri Kata, Jualan Tudungnya Meningkat 50 Peratus Selepas Lantik Madu Izreen, Intan Sebagai Modelnya!

Share

Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui penglibatannya isteri pertama kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude, Intan Liana Saleh menerusi kempen jenama tudung keluarannya memberi impak positif dalam sisi penjualan.

Alif berkata demikian sebagai mengulas penyataan media apakah impak yang diraihnya selepas menjadikan Intan sebagai model tudung. Turut sama dalam kempen berkenaan ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

“Kami lantik Intan sebagai model untuk tempoh enam bulan dan setakat ini apa yang boleh saya katakan, semuanya berjalan dengan baik. Bagi saya, Intan ada aura tersendiri yang sekali gus memberi impak baik terhadap jualan tudung kami.

 

“Misalnya untuk jualan untuk koleksi Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat naik sebanyak 50 peratus,” katanya yang turut senang bekerjasama dengan Intan meski dia masih lagu baru berjinak-jinak sebagai wajah wakilan.

 

“Komitmen yang diberikan Intan pun bagus. Bagi saya dia wanita yang baik. Soal personel dia, kami tidak campur,” akui Aliff lagi.

Tambah penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini lagi kepada MH, dia memasang niat untuk mengambil madu kepada pelakon Izreen Azminda itu sebagai model adalah untuk berkongsi rezeki, memberi pendapatan tambahan buat Intan yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak.

“Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya juga. Dia mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi bakat serta kerjaya. Bagaimanapun, dia masih mentah dan naif. Mungkin kerana masih lagi baru.

 

“Apa pun, masih banyak yang perlu dia belajar untuk menjadi lebih menyerlah selepas ini,” kongsi Alif yang kini sedang menimba tawaran untuk berlakon. Namun perinciannya masih belum boleh diberitahu penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu kerana semuanya masih di peringkat perbincangan.

Alif ditemui di majlis pelancaran program realiti dan single sulung rakan niaganya, Nur Sajat yang berjudul Makhluk Penggoda. Menerusi lagu berkenaan, Aliff turut muncul menyumbangkan suara sebagai penampilan khas.

 

IKLAN