Uncategorized

“Work out Acah-Acah Pastu Makan Nasi Lemak,” – Comel Je Fasha Kantoikan Elisya Sandha

Share

Alahai comelnya MH lihat keakraban hubungan adik-beradik antara Fasha Sandha dan adiknya, Elisya.

Kisahnya, baru-baru ini Elisya memuat nak fotonya baru habis ‘work-out’ di gim.

“Morning face after morning work-out. #loveyourself,” tulisnya.

Namun, Fasha kemudiannya meninggalkan komen ‘menyakat’ adiknya itu.

“Wow! Work out acah-acah pastu makan nasi lemak,” tulisnya.

Oh my! Komen Fasha itu sememangnya mengundang tawa peminat yang membacanya. Biasalah hubungan adik-beradik kan?

Bagaimanapun, ada juga yang meninggalkan komen negatif terhadap Elisya memandangkan pakaiannya yang agak ‘seksi’.

Sebelum ini, pelakon Reen Rahim dan Sharifah Sakinah serta adik kepada Neelofa, Ameera Khan turut mendapat kecaman netizen kerana pakaian mereka.

Apa-apapun, nasihat-nasihat juga tapi janganlah sampai tahap menghina atau mengecam, mereka pun manusia biasa macam kita juga.

Foto: Instagram Elisya Sandha

IKLAN