Uncategorized

‘How I Wish I could’ – Respon Dira Abu Zira Tentang Mengarah Filem Politik

Share

Pelakon dan Pengarah, Dira Abu Zahar mengakui bahawa masanya dalam bidang hiburan banyak dipotong demi memberikan ruang pada bidang politik.

Katanya, dia lebih kepada di belakang tabir dalam bidang pengurusan di syarikat penerbitan miliknya.

“Saya kini lebih kepada pengurusan dan menerbit. Mengarah itu kalau ada masa dan ruang, InsyaAllah tapi sekarang banyak kena ‘balance’. Agak sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri.

“Tapi, Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan keluarga serta kakitangan, dapat saya melakukan apa yang termampu,” katanya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dira mendakwa ada sebab tersendiri dia memilih untuk tidak mengarahkan filem berunsurkan politik.

“‘How I Wish I Could’ tapi saya kena faham sentimen Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai agama dan budaya.

“Jadi pada saya sendiri, nak buat filem macam itu, mungkin sukar untuk saya bersikap natural terhadap semua parti politik yang ada. Tak mahu pula nanti kalau saya buat, orang akan pertikaikan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, eloklah filem-filem sebegini diserahkan kepada mereka yang betul-betul natural dan tidak ‘bias’ kepada mana-mana pihak,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Dira pernah merangkul Anugerah Telefilem Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Kaseh Tribute P Ramlee 2016 menerusi telefilem ‘Redhaku Untukmu’.

Sementara itu, Dira turut menjelaskan sebab sebenar dia menyertai bidang politik secara aktif.

“Kalau nak tahu, umur 30 dalam bidang politik ini dianggap sebagai muda tau berbanding dalam bidang hiburan.

“Kadang-kadang umur banyak ini, pengarah pun dah tak tahu nak bagi watak apa tapi bukan lah itu sebab saya ‘join’ tau.

“Pada saya, ia merupakan platform yang lebih baik untuk saya memberi semula pada masyarakat khususnya anak bangsa melayu, dan negara memerlukan pelapis-pelapis muda untuk mentadbir negara pada masa akan datang,” katanya lagi.

IKLAN