Kecoh di Amerika Syarikat baru-baru ini apabila para selebriti terkenal mendedahkan bahawa mereka pernah menjadi mangsa gangguan seksual sama ada sejak kecil ataupun sudah dewasa.

Bermula dengan pelakon, Alyssa Milano yang popular dengan drama bersiri, Charmed mendedahkan bahawa dia mengambil masa 30 tahun untuk membuka kisah pahit itu kepada ibu bapanya.

“Saya menjadi mangsa serangan seksual sebanyak dua. Sekali semasa masih remaja dan ia mengambil masa 30 tahun untuk saya memberitahu ibu bapa saya.

 

“Sebab saya mengambil keputusan untuk berdiam diri adalah kerana jika buka kisah itu,ia seolah-olah mengingatkan saya kembali pada detik hitam itu.

 

“Berbicara mengenainya membuatkan saya seperti mengiktiraf kewujudan penyerang saya sedangkan saya benar-benar ingin melupakan bahawa manusia itu berada di muka bumi ini.

 

“Inilah yang setiap mangsa serangan seksual rasa, membuka kisah ini (diserang secara seksual) bermakna bagi peluang kepada orang ramaai untuk ‘menghukum’ kita seperti ia adalah kesalahan kita sendiri kerana menjadi mangsa serangan.

 

“Hari ini, kita tidak tidak akan berdiam diri lagi,” katanya.

Selebriti lain yang turut sama memberikan sokongan terhadap Milano adalah pelakon, Lili Reinhert yang terkenal dengan watak Betty Cooper dalam drama Riverdale.

“Sebab saya tidak mahu kehilangan kerja saya atau membuatkan orang ingat saya ratu drama,” kongsinya.

#WhyIDidn’tReport Mulai Trending, Para Selebriti Ini Dedah Pernah Jadi Mangsa Seksual!

IKLAN

Pengacara Top Chef, Padma Lakshmi juga turut berkongsi pengalaman menjadi mangsa serangan seksual.

“Kali pertama semasa saya berumur 7 tahun, pelakunya adalah ahli keluarga suami kedua ibu saya. Bila saya cerita pada mereka, terus saya dihantar ke tempat lain.

 

“Kali kedua semasa saya berumur 16 tahun dan masih dara. Pelaku adalah teman lelaki saya ketika itu. ‘Date rape’ tidak banyak dibincangkan ketikaitu dan saya berasa sangat takut dan malu dengan apa yang terjadi.

 

“Kali ketiga semasa saya berumur 23 tahun. Ketika itu saya ingat tiada siapa yang akan mempercayai saya,” kongsinya pula.

#WhyIDidn’tReport Mulai Trending, Para Selebriti Ini Dedah Pernah Jadi Mangsa Seksual!

IKLAN

Dalam pada itu, selebriti lain seperti Patricia Arquette dan juga pelakon filem, Crazy Rich Asians, Gemma Chan turut menunjukkan solidariti mereka untuk #WhyIDidn’tReport ini yang bermula berikutan kes Dr.Christine Blasey Ford yang menuduh wakil calon Mahkamah Agung, Brett Kavanaugh melakukan serangan seksual terhadapnya.

IKLAN

Kes itu mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mempertikaikan perkara tersebut dan meminta agar mangsa segera mengemukakan bukti.

Sumber: Enews!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI