Baru sahaja menimang cahaya mata keempat 14 Februari lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha baru sahaja membeli sebuah kereta, untuk dihadiahkan buat isterinya, pelakon Ayu Raudhah.
Penghargaan buat isteri tercinta itu diketahui menerusi Instagram individu di akaun @hafisnaserr yang memaklumkan, pemain bola sepak itu ada membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada isteri yang baru sahaja melahirkan anak.
“Alhamdulillah Syukur, berkat Rezeki Allah , Saya Dapat Berurusan Dengan @zaqone_08 Harimau Malaya & Kedah Football Player,” tulisnya.
Kongsi indivudu tersebut lagi, proses pembelian dilakukan sangat mudah dan hanya berurusan menerusi WhatsApp dan panggilan telefon sahaja.
“Deal Yang Sangat- Sangat Mudah , Deal Melalui Whatsapp & Call Sahaja , Kereta Tak Tengok Lansung Whatsapp Gambar Sahaja.
“Terima Kasih Abg Zakuan Adha Mempercayai Kerja Saya & Khidmat Saya Untuk Membeli Kereta Baru Beliau Untuk Dihadiahkan Kepada Isteri Beliau Melahirkan Anak Ke Empat Beliau …Taniah Saya Ucapkan Kepada Abg Zakuan Sekeluarga,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.
Anugerah Juara Lagu ke-33 yang sudah pun sukses dianjurjan Ahad lalu memberi 1001 momen bermakna buat pencinta seni tempatan.
Dari senarai pemenenang, konsep persembahan sehinggalah kepada barisab artis dan komposer yang bertanding, semuanya menjadi perhatian dan buah mulut ramai.
Misalnya beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter ada memuat naik sekeping foto persembahab Siti Sarah yang bersaing menerusi lagu Semakin. Menariknya, dalam ramai yang kurang perasan mengenai penampilan Sarah pada malam itu, individu ini merakam penyanyi berkenaan yang tidak mengenakan kuku palsu secara penuh.
“When your nails fall off buat you still gotta go perform at #AJL33,”tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada isteri kepada Shuib itu memang sengaja atau tidak sempat untuk mengenakan kuku palsu yang disediakan.
Pelakon senior, Amyza Aznan menerusi Instagram memaafkan individu yang mengkritik penampilan fizikalnya menerusi media sosial, baru-baru ini.
Mendedahkan perbualannya dengan individu berkenaan menerusi Instagram, pelakon drama Dia Adelia ini menerusi ruangan kapsyen menberitahu, isu tersebut sudah pun selesai.
“Alhamdulillah… I always believe, if we seeking for goodness u will find goodness… SELESAI SUDAH,CASE CLOSE!!! and tak kan miskin,x kan hina,x kan pecah dara kalau kita mulakan maaf. ( masalahnya cik gayah have have dara ke? ?)
and i know its hard to start a conversation with stranger because we didn’t know how tbey will react at the first place ,but if nawaitu kita jujur allah akan permudahkan.
“DAN INI HANYA LAH SERBA RINGKAS CONVERSATION CIK GAYAH HAVE HAVE DGN DIA. SEBENAQNYA PANJANG LAGI, SAMPAI KE BAB2 KURUSKAN BADAN.. JGN TERPERANJAT MUNGKINKAH DIA BAKAL CIK GAYAH IKAN IBLIS KURUSKAN,”tulisnya.
Sementara menerusi ruagan komen posting berkenaan, rata-rata peminat lega malah ada yang memuji tindakan bintang terbabit.
Bagaimanapun, masih ada yang bergurau mengenai isu berkenaan lalu disambut dengan balasan komen humor dari Amyza.
Terdahulu, Amyza ada memuat naik komen seorang pengguna media sosial yang membayangkan penampilan fizikal pelakon tersebut yang kurus seperti kurang zat, lalu dicop seperti ‘ikan iblis’ baru-baru ini.
Bagaimanapun, entri berkenaan yang turut memaparkan wajah indivudu yang dimaksudkan sudah pun dipadam.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...