Terbaru, pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak telah menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya.
Pelakon yang berusia 30 tahun itu telah bertanya kepada pengikutnya mengenai K-Pop Army yang kini semakin menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Di samping itu, peminat juga turut menasihati Tiz supaya tidak terlibat dengan K-Pop Army ini kerana merasakan ia tidak mendatangkan faedah dan melahirkan suasana hiburan yang tidak sihat.
Apa pun, setiap orang ada pandangannya masing-masing kan?
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Moga menjadi anak yang solehah”. Itu doa Erra Fazira buat anaknya, Engku Aleesya Engku Emran sempena hari jadi yang ke-10 tahun semalam.
Erra menerusi Instagrammya turut berkongsi video throwback bersama Aleesya dengan berlatarbelakangkan lagu Rest In My Life nyanyian Maher Zain.
“10 years ago.. .
Allah decided to send a little bundle of joy to touch my heart and that happened!! All the hugs in the world aren’t enough to describe how much my love for this “anugerah” grows each and everyday.. i thank Allah for sending me this beautiful “anugerah” ~ an angel that i call daughter..
“May Allah fill your life with endless happy moments, infinite success sayang and continue to bless you and protect you forever.. .
“Mom ❤ you very much shayanggg..! Love you more than words can say,” tulis Ratu Cantik Malaysia 1992.
Erra juga turut mendoakan Aleesya moga menjadi anak yang baik.
“Moga jadi anak yg solehah.. dapat kita bersama di dunia dan di syurga kelak. Aminnnn,” doa Erra.
Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg jam 11.40 pagi di Hospital Pakar Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia LaudyaCynthia Laura pada 8 September 2017.
Video : Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Beto Kusyairy meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah akaun Twitter yang bertindak merendah-rendahkan kualiti drama tempatan terutamanya ‘drama magrib’.
Segalanya bermula selepas akaun tersebut telah memuat naik sebuah gambar drama lakonan Beto tetapi dengan fakta yang salah.
“Jangan main petik gitu aje brader. Gambar aku kot yg kau post dgn caption merendah2kan ni.
“Bila ada yg tegur dengan selamba kau kata ”gambar main ambik kat Google”.
“Ps: Ini drama Kisah Tok Kadi musim kedua yg hanya ditayangkan di tv Singapura & bukan pada waktu Maghrib,” tulisnya.
Tambah Beto lagi, akaun tersebut tidak sepatutnya merendah-rendahkan martabat pelakon yang memilih untuk melakonkan drama-drama yang disiarkan pada waktu petang.
“Terima kasih untuk ini. Saja nak kongsi kadangkala mereka yang terlibat dengan ‘drama maghrib’ ini tidak punya pilihan kerana di rumah ada mulut yg nak disuap & segala macam bil yg perlu dibayar.
“Hormat menghormati..itu sebaiknya,” ulas Beto.
Kenyataan Beto itu turut mendapat perhatian seorang lagi pelakon iaitu, Azhan Rani.
aku salah seorang pelakon yang pernah ambik gaji dari drama maghrib..walaupun bukan hero tapi aku salah seorang jugak..macam kau cakap sahabat kalau peluang tu banyak aku pun akan pilih yang terbaik.. maybe aku boleh pilih watak optimus prime dalam next movie transformers kannn??
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.