Uncategorized

“What Goes Around, Come Around Abang Mike”- Ini Respon Netizen Bila Michael Ang Beri Reaksi Isu Najib Razak

Share

Susulan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB, MH lihat ramai netizen memperkatakan mengenai perkara itu.

Turut sama memberikan pendapat ialah pengarah, Michael Ang menerusi satu entri di laman Instagramnya semalam.

“Mula-mula bila tahu kes 1MDB pada tahun 2015 aku betul-betul marah and gigih google semua bahan berita pasal 1MDB.

“Sebab sebagai seorang artis kena tutup mulut dan tak boleh cakap terbuka pasal kemarahan aku dan kebodohan menteri-menteri waktu tu!

“Cuba sekali sekala kutuk secara berlawak kat IG n Twitter takut kena ban! Bila election 2018 Berdoa panjang agar pembangkang menang!” tulisnya 

Namun begitu, Michael turut meluahkan rasa simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana terpaksa berdepan dengan kes berkenaan.

“Hari ni Pak Jib kena tangkap and mula baca kata2 netizen pasal pak jib! Tiba-tiba I rasa bersalah dan kesian pulak kat Pak Jib!

“What I want to say is tak payah la kutuk-kutuk dia sangat sebab dia jugak seorang ayah, suami dan datuk pada cucunya! Dia jugak manusia biasa!

“Biar ajar la undang-undang runs its course! Kalau dia di dapati bersalah hukum la dia and kalau dia innocent bebaskan aje!

“Kita cuma manusia biasa dan kita bukan tuhan so tak payah la nak jatuh hukuman pada orang sedangkan kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi! Itu aje! Luv u all!” tulisnya lagi.

Sebenarnya, sudah ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap mantan PM itu sebelum ini terutama semasa rumah Najib digeledah pihak berkuasa , ramadan lalu.

Sementara itu, ramai yang meninggalkan komen bersetuju dengan pendapat Michael itu.

Bagaimanapun, ada juga manusia yang tetap mengatakan bahawa apa yang diterima Najib itu sememangnya wajar dan seperti ‘karma’ terhadapnya.

Pada MH, selagi seseorang itu masih belum disabitkan bersalah oleh mahkamah, tidak perlulah kita menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya bagaimana nanti.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN