Artis versatil, Didie Alias meluahkan rasa kegembiraan selepas selamat menimang cucu perempuan ketiga, yang diberi nama Hannah Jasmine, baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan Didie dengan memuat naik beberapa keping foto wajah Hannah di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum Semua My Name is Hannah Jasmine. I’m Nanny D 3rd granddaughter Welcome to the world cucu nanny ‘Kamsahamnida’,” tulis Didie pada ruangan kapsyen.
Pada masa sama di ruangan komen, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu memberitahu bahawa Hannah adalah merupakan zuriat kelahiran pertama anak perempuan keduanya, Nur Dinie Ridzuan Hashim.
Ads
Di samping itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada aktres berusia 47 tahun itu.
“Tahniah,” tulis ringkas pelakon Ifa Raziah.
“Dah ada berapa nanny….nenek muda…nenek menari laju lagi tau,” seloroh rakan selebriti, Sharifah Shahirah.
“Alhamdulillah Aamiin3. Tahniah dpt cucu ke 3. Cucu solehah. Cantik mcm nanny nya. Semoga ibu nya selamat berpantang,” tulis seorang peminat.
Ads
“Comel,” puji seorang wargamaya.
Imbas kembali, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 27 akui berasa sedih apabila pembantu rumahnya, Megawati bakal menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Acheh, Indonesia tidak lama lagi.
Menurut Eina, Megawati merupakan pembantu rumah yang telah berjasa buat keluarganya sepanjang lima tahun ini.
Katanya lagi, hatinya bertambah tersentuh apabila mereka meraikan hari lahir Megawati yang ke-25 tahun baru-baru ini.
“Selamat ulang tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke-25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya.
“Saya sedih sebab ni birthday mega yang terakhir sebelum Mega balik ke Acheh selepas lima tahun berkerja dengan saya,” kongsinya di Instagram.
Pelakon drama, The Hotel itu turut mendedahkan dirinya berkemungkinan bakal berdepan masalah untuk mencari pembantu rumah sebagus Megawati.
“Mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh. Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu.
“Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu. Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji layanan mesra Eina terhadap para pembantu rumahnya.
“Ya Allah baiknya Datin Eina dengan bibik-bibik dia. Tak berkira langsung. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki Datin Eina seperti air mengalir.
“Alaa, comelnya anak Datin. Pegang-pegang je muka bibik time nangis tu. I’m touching.
“Majikan yang sangat baik dan cantik. Terbaik dik. Semoga menjadi contoh di luar sana. Kita baik orang pun baik dengak kita.
“Datin Paduka sekeluarga sangat baik hati. Mesti bibik pun berat hati nak pulang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di platform media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan situasi seorang kanak-kanak yang berharap agar bapanya dapat belikan sebiji bola futsal.
Lantaran itu, bapa kepada kepada kanak-kanak berkenaan telah pun membuat kejutan dengan menunaikan permintaan anaknya itu.
Reaksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Azrull Adib saat menerima pemberian bapanya itu nyata menyentuh hati banyak pihak.
Antara yang turut sama terkesan saat menonton video tersebut termasuklah penyampai radio, Radin Era dan pelakon, Azad Jazmin.
Terbaru, Radin memaklumkan dia, Azad dan seluruh team Petang Era telah membuat kejutan untuk sekali lagi memberikan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola baru.
“Happy for you @azrulladib . Semalam team Petang Era @era.je, saya dan my brother man @azadsyaziraroses berpeluang berjumpa dengan adik Adib yang sebelum ini tular videonya inginkan bola dari ayahnya.
“Jadi kitorang pun plan nak hadiahkan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola untuk dia,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Radin, dia sememangnya berasa gembira apabila berpeluang untuk bertemu dengan Adik Adib dan menyerahkan sendiri hadiah tersebut.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, perasaan gembira jelas terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Radin, Azad dan seluruh team Petang Era akan dimurahkan rezeki.
“Terbaiklah korang.
“Memang sentiasa terbaik Abang Radin, Pak Azad dan seluruh team Era.
“Jom kita futsal dik. Awak boleh tapau Abang Radin.
“Thank you Era dan semua team yang terlibat.
Semoga sentiasa murah rezeki Radin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Radin dan Azad merupakan gandingan terbaru di stesen radio Era yang mengendalikan segmen Petang Era bermua jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir tiga bulan dikurniakan cahaya mata ketujuh, penyanyi terkenal, Faizal Tahir akhirnya berkongsi kisah mengenai kelahiran anak bongsunya itu.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Maryam Tahirah yang juga merupakan hasil gabungan nama daripada ibu Nabi Isa dan Allahyarham bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada September tahun lalu.
Katanya lagi, anak bongsunya itu merupakan cucu yang paling dinanti-nantikan oleh arwah bapanya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan daripada Illahi.
“Salah satu benda baru untuk 2022 ni bagi saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh Alhamdulillah. Jadi, anak ketujuh saya ni merupakan anak perempuan. Saya dah ada tiga anak lelaki dan empat perempuan.
“Nama yang kami pilih adalah Maryam Tahirah. Maryam diambil sempena nama ibu Nabi Isa dan Tahirah adalah sempena dengan nama ayah saya Mohd Tahir yang telah kembali kepada pencipta.
“Anak saya yang ketujuh ini merupakan cucu yang ayah saya paling tak sabar nak jumpa. Ayah saya selalu sebut ‘Bilalah boleh jumpa?’ tapi dia tak sempat jumpa. Maka itu perancangan Allah. Allah dah tentukan. Itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita tak tahu. Selalunya kita tak tahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi entri yang sama, Faizal turut mendedahkan anaknya itu telah mengalami beberapa komplikasi serius ketika di dalam kandungan.
Disebabkan komplikasi tersebut, pihak doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami simptom down symdrome.
Bagaimanapun, penyanyi lagu, Assalamualaikum Dunia ini memaklumkan dirinya menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah. Di mana Maryam ni sewaktu dia dalam kandungan isteri saya, doktor dapat kesan beberapa masalah.
“Mula-mula jantung. Kemudian disahkan sebagai Tetralogy Of Fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dan oksigen tu tak cantik. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat detect.
“Masa tu dah dapat tahulah yang memang kena pembedahan jantung Maryam selepas lahir. Kitaorang dah kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan selepas itu, buat scan lagi dan dapat tahu ada masalah lain dalam perut iaitu double bubble. Membuatkan dia bermasalah nanti bila nak makan.
“Bila doktor detect perkara ni dikaitkan pula dengan penyakit sebelum ini, doktor nak bagitahu pun agak berat. Dia sarankan saya untuk buat pemeriksaan menyeluruh untuk isteri saya sebab kemungkinan besar bila ada dua komplikasi ni, akan ada down syndrome.
“Sebulan sebelum tarikh isteri saya bersalin, dapat tahu memang disahkan mengidap down syndrome. Saya menerimanya dengan baik dan reda dengan apa yang Allah bagi. Saya tiada rasa macam down atau frust. Itu dah tertulis,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Faizal turut menitpkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikannya kata-kata positif mengenai kelahiran anak istimewanya itu
“Apa yang saya boleh kongsi sebenarnya adalah sewaktu saya berkongsi kepada rakan-rakan di pejabat, teman-teman berkuda, sahabat handai, keluarga sebelah isteri dan keluarga saya, semua orang bagi jawapan yang sangat positif dan memberi semangat. Perkara itu membuatkan saya bertambah selesa.
“Biasanya, bila saya sebut kepada sesiapa pun fasal anak saya, benda pertama yang keluar ‘Masya-Allah, Subhanallah. Allah kurniakan kau anak syurga bro’. Masa itu hati saya dengar pun jadi tersentuh. Tak expect pun mereka akan cakap begitu. ‘Anak syurga ni bro. Tak semua orang dapat kita ni terpilih untuk dikurniakan anak special ni.
“Alhamdulillah, perka itu amat memberi kekuatan kepada saya dan isteri. Salah satu perkara yang saya ingat, doktor ada cakap anak saya ni tak boleh terima layanan macam anak-anak saya yang lain. Dia memang kena extra attention, extra care. Doktor kata ‘This baby really need you’,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran program realiti, One In A Million musim pertama ini turut menyifatkan kehadiran Maryam sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
“Tapi benda yang terdetik di hati saya, apa yang doktor cakap tu salah. Saya sebenarnya yang sangat perlukan anak saya untuk saya jadi manusia yang lebih baik dan bersyukur. Boleh perbaiki diri saya sebagai hamba Allah. Perka ini yang membuatkan saya sangat-sangat bersyukur.
“Saya sedar Allah hantar perkara ini dengan niat yang sangat baik sebab kita kena bersangka baik dengan Allah. Apa yang boleh saya kongsikan, ketika ini fikiran saya masih lagi positif tetapi saya tahu akan ada lebih banyak ujian akan diberikan. Ini baru permulaan. Saya akan lalui banyak perkara yang akan mengajar saya benda baru.
“Saya tidak sempurna dan tidak akan pernah. Sebab itu manusia kena belajar. Satu persatu dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi saya masih hidup dan Allah kurniakan rezeki, selagi Allah bangunkan saya setiap pagi, selagi itu saya tidak boleh give up,” akhirinya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen daripada netizen serta rakan selebriti.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.