Categories: Uncategorized

Welcome To The Family #kfclans Adik – Khairul Fahmi Che Mat Sambut Anak Ketiga

Share

Siapa tidak kenal dengan penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata ketiga.

Menerusi akaun Instagram, Khairul Fahmi atau lebih sinonim dipanggil Apek ini berkongsi berita gembira bersama peminatnya.

“Assalamualaikum dunia. Welcome to the family #kfclans Adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan olehnya,” tulisnya

Sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya Leuniey Natasha telah dikurniakan dua orang anak bernama Kayla Elayna dan khaleel Emir.

Setakat ini ,mereka masih belum mengumumkan nama anaknya kepada umum.

MH ingin mengucapkan tahniah dan semoga dimurahkan rezeki.

IKLAN